})();

26 April 2016

Mau Cari Untung

3 Jutawan Malaysia Hanya Mahu Cari Untung Beli Kelab Bola Sepak Luar Negara

Kalau dah berniaga mestilah nak untung betul tak !. Kenapa kita perlu pertikaikan niat mereka membuat pelaburan dengan pembelian kelab bola sepak luar negara. Tak perlulah nak pertikaikan.


" TIDAK BANTU TINGKATKAN BOLA SEPAK NEGARA" Prof Dr Khoo Kay Kim


Jutawan Malaysia yang membeli kelab di Eropah dianggap tidak membantu dalam memajukan bola sepak negara, sebaliknya ia lebih kepada mencari keuntungan sendiri.


Pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri De Khoo Kay Kim berkata usaha beberapa jutawan Malaysia yang membeli kelab luar hanyalah untuk mendapat keuntungan hasil daripada perkembangan pesat sukan itu terutama di Eropah.

Kay Kim berkata, sekiranya benar mahu membangun bolasepak negara, mereka perlu melabur di negara ini sama ada membantu pasukan negeri atau menubuhkan akademi untuk pembangunan akar umbi.

"Mereka nak buat duit, kerana jika beli kelab luar negara keuntungan amat besar, lihatlah saja pemain mereka bernilai jutaan ringgit.
"Malah, bola sepak di negara barat juga mendapat sambutan hangat daripada penyokong. Kalau di Malaysia penyokong dilihat sudah bosan dan cuma segelintir sahaja yang ke stadium.


Jutawan Malaysia yang menempa nama sebagai pemilik kelab bola sepak Eropah  termasuk Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Vincent Tan.

Tony Fernandes membeli kelab Queens Park Rangers (QPR).


Manakala Tan Sri Vincent Tan pula adalah pemilik kelab Cardiff City, FK Sarajevo ( Bosnia Herzegovina) dan KV Kortrijk (Belgium).



Dan terbaru, Datuk Dr Noordin Ahmad menggemparkan dunia bola sepak dengan pembelian kelab Serie B Itali, Bari FC 1908.
Dr Noordin pemegang 50 peratus saham kelab terbabit manakala presiden kelab itu, Gianluca Paparesta mengekalkan 45 peratus dan Cosmo Gianxaspro kekal dengan pemilikan 5 peratus.

Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida juga berminat untuk membeli kelab luar dan sekarang ini sedang menilai beberapa kelab yang berpotensi untuk dibeli.

Sementara itu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula menafikan khabar yang baginda ingin membeli kelab gergasi Itali AC Milan.

No comments:

Post a Comment