})();

19 April 2016

Masalah Pekerja Datang Lewat

Tip Dan Panduan Atasi Pekerja Selalu Lewat


Kerap sangat kita mendengar pekerja datang lewat dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal.
Saya yakin anda juga pernah mengalami masalah ini. Sebelum ianya menjadi nanah dalam organisasi atau perniagaan anda perkara ini harus di tangani dengan segera.

Memang stress bila melihat ada pekerja yang bermasalah dalam perniagaan atau organisasi anda. Pekerja bermasalah ini selalunya ponteng kerja, lewat masuk kerja, tidak memberi komitmen terhadap tugasan, tidak mematuhi arahan anda sebagai majikan atau bos , tidak menghormati ketua, tidak amanah, suka menganiaya pekerja lain dan berbagai lagi kesalahan yang boleh menjejaskan perniagaan anda.


Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana sahaja, tidak kira sama ada perniagaan kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak semestinya terdiri daripada mereka yang baru atau sudah lama berkerja begitu juga tak mengira tua, muda atau yang berpangkat rendah atau tinggi.
Untuk menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat perniagaan anda sendiri lingkop kerana pekerja yang komited dengan tugas mereka, dek kerana bosan dengan pekerja yang kaki ponteng dan datang lewat maka tak mustahil yang bagus akan berhenti kerja.

Sebagai seorang majikan yang mahukan perubahan supaya pekerjanya berdisiplin dan komited dengan kerja, anda perlu mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, seperti :


1. Berbincang dan bersemuka dengan pekerja

Lakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya datang lewat dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab sebagai seorang pekerja. Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahan tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan.


2. Lakukan pemantauan terhadap pekerja anda.

Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai majikan, luangkan masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara anda dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.


3. Ciptakan sistem ganjaran pekerja.

Majikan harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan anda sebagai majikan itu sendiri, seperti memberi bonus ( kalau anda punya bisnes besar),  kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya .


4. Sediakan suasana kerja yang santai

Elakkan memberi tekanan kepada pekerja. Beri ruang dan waktu untuk mereka berubah, beri kelonggaran kepada pekerja tersebut jika mengalami sesuatu masalah. Beri ruang kepada mereka.


5. Sediakan ruang kenaikan gaji kepada pekerja.

Sediakan ruang kenaikan gaji kepada pekerja yang berpotensi dan cemerlang dalam perniagaan anda. Kaedah 'naik gaji' ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh mana-mana majikan bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang, lari ke peniaga lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada merekamereka Para pekerja akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ' kenaikan gaji ' yang sedang menanti mereka.


6.  Buang Kerja

Ini merupakan jalan terakhir yang boleh anda atau seseorang majikan lakukan. Setelah semua langkah-langkah telah anda ambil dan masih juga berlaku sikap datang lewat maka jalan terakhir agar perniagaan anda tidak musnah kerana " si mamat" itu maka terbaik "lepaskan dia", buang kerja  sahaja merupakan penyelesaian terbaik.





No comments:

Post a Comment