})();

08 April 2016

Kejutan Di Lakar Peng Soon-Liu Ying Badminton

Beregu Negara Cipta Kejutan

Siapa sangka atlete negara sekarang ini ramai yang membuat kejutan dan pada sukan-sukan yang kurang di beri perhatian. Kita banyak menumpukan kepada sukan bolasepak yang pelaburan cukup tinggi tetapi banyak sukan lain di pinggirkan kerana sikap manusia itu sendiri.

Terbaru kejutan dilakarkan oleh beregu badminton campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang menyingkirkan pilihan ketiga dunia dari China. Xu Chen-Ma Jin bagi melayakkan ke suku akhir Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Malawati.

Memang sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia selepas ini pasti stadium akan dipenuhi penonton akibat kejutan ini.

Kemenangan yang cukup mudah diraih pasangan beregu negara cukup hebat dengan 23-21, 21-6 menggambarkan seolah-olah mereka bukan berada di ranking ke-12 dunia. Mereka akan bertemu Puavaranukroh Dechapol-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand yang turut mara ke suku akhir selepas menewaskan satu lagi beregu China, Liu Cheng-Bao Yixin 22-20, 18-21, 21-17.

BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM DAPATKAN EBOOK PANDUAN DISINI


Mereka sendiri pun tidak menyangka mampu mengalahkan beregu China yang ranking lebih baik. Namun Peng Soon optimis yang rentak permainan pantas dan berbeza dengan keyakinan tinggi adalah punca kekalahan Xu Chen-Ma Jin.

"Kami sama sekali tidak menyangka boleh menang dengan mudah, cara menyerang kami mungkin menyebabkan mereka putus asa dengan cepat", katanya.

"Kami berharap pertemuan dengan beregu Thailand nanti berulangnya sejarah di Terbuka Mexico dan Thailand Masters dengan menewaskan mereka.

Bagaimanapun perseorangan negara Tee Jing Yi gagal ke suku akhir dikecewa pemain no.1 dunia dari Sepanyol, Carolina Marin 13-21, 20-22 dalam perlawanan 44 minit itu.

Mengikuti kegagalan ke suku akhir adalah beregu wanita negara Vivian Hoo-Woon Khe Wei selepas tewas kepada pilihan ketiga dunia Miskai Matsuto-Ayaka Takahashi 19-21, 23-25.

Dan Juara 2007 dan 2006 Koo Kwat-Tan Boon Heong turut mecundang tewas kepada Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheof dari Korea Selatan dengan 22-20, 11-21 dan 20-22.

No comments:

Post a Comment