})();

03 April 2016

Johor Darul Ta'zim Belasah The Corps

Harimau Selatan Bagaikan Kelaparan Mengganas di Larkin

Seperti yang dijangkakan oleh peminat sukan tanahair yang JDT akan memenangi perlawanan Piala FA suku akhir kedua dengan PDRM .

Kini Johor Darul Ta'zim (JDT), telah membuktikan yang mereka berada di laluan yang betul untuk menyapu bersih kesemua perlawanan dalam Malaysia dengan membelasah PDRM  5-2 di Larkin malam tadi dalam perlawanan pusingan suku akhir kedua Piala FA.

Bermain ditempat sendiri dengan gelaran yang cukup gah juara Liga Super dan Piala AFC musim lalu,  Harimau Selatan dengan mudah menempah slot ke perlawanan separuh akhir membenam Polis Diraja Malaysia dengan agregat 6-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Kemenangan tipis dan hanya membawa 1-0 dalam suku akhir pertama bulan lalu, JDT menggalas cabaran dengan cukup bergaya dan penuh keyakinan bila wisel sepak mula dibunyikan, Jorge Pereyra Diaz menjaringkan gol pertama pada minit ke-15 hasil sepakan sudut ketua pasukan, Safiq Rahim.

Diaz yang dinobatkan selaku Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bulan Mac membuktikan yang beliau memang layak menerima anugerah itu bila meledakkan gol kedua yang gagal ditangkap kemas penjaga gol PDRM, Muhd Haziq Nadzli pada minit ke-28.

Asakan demi asakan oleh PDRM bagaimana pun gagal menembusi gawang JDT dengan ketangkasan Farizal Marlias.

Dalam kegairahan PDRM memburu gol sengsara mereka makin bertambah apabila JDT terus menambah mata apabila dihadiahkan penalti setelah Muhd Haziq menjatuhkan Juan Martin Lucero dalam kotak penalti pada minit ke-40.

Azinee Taib bekas penyerang Pulau Pinang yang berhijrah ke JDT berjaya menambah gol keempat pada minit ke-42 dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Masuk babak kedua perlawanan PDRM dibawah kendalian Mohd Fauzi Pilus terus menggandakan asakan dan akhirnya berhasil mendapat gol menerusi Andrea Francisco Williams pada minit ke-49.

Bagai disuntikan tonik superpower best, PDRM semakin bertenaga apabila berjaya  mendapat gol kedua pada minit ke-62 menerusi sepakan percuma Ahmad Nizam Mohd. Rodzi dari luar kotak penalti.

JDT yang dilamun mimpi beberapa minit seakan terjaga dari tidur bila tersentak dengan 2 gol PDRM berturut-turut mula menggandakan asakan kekubu PDRM dan berjaya memperolehi gol ke-5 hasil gerakan solo pemain import Lucero.

Tamat perlawanan menyaksikan JDT pasukan terakhir layak ke slot selanjutnya mengiringi Kedah, PKNS FC dan Perak .

No comments:

Post a Comment