})();

17 April 2016

JDT Longlai Di Darul Aman

Helang Merah Pukau Harimau Selatan


Johor Darul Ta'zim (JDT) datang ke Darul Aman dengan misi membenam Kedah ditempat sendiri namun kecewa tumpas 1-2 kepada Kedah pada saingan Piala FA separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam tadi.

Pelawat yang turun gah sebagai pasukan bintang dan juara AFC 2015 gagal memberi saingan kepada Kedah kerana strategi yang digunakan sesekali menyerang itu, anak-anak buah Mario Gomez kecundang dan memakan diri sendiri.

Babak pertama menyaksikan Kedah garang menjaringkan gol awal pada minit ke-26 oleh pemain remaja kedah, Farhan berusia 20 tahun .
Namun ianya tidak bertahan lama apabila JDT bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit ke- 36 oleh Juan Martin Lucero dengan chip cantik menewaskan penjaga gol Kedah.

Tersentak dengan jaringan itu Kedah terus menggandakan asakkan ke kubu lawan namun penjaga gawang JDT, Farizal Marlias berjaya mempertahankan dari dibolosi.

Permainan dan taktikal JDT nampak goyah, permainan bertahan yang sesekali menyerang membawa padah kepada mereka apabila bola lorongan Badrul Baktiar kepada Sandro berjaya di tahan kemas lalu merembat dengan kencang ke penjuru tiang menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-43 untuk mendahului 2-1.

Masuk babak kedua perlawanan masing-masing saling bertali arus melancarkan serangan. Anak-anak buah Mario Gomez seakan tertekan dalam situasi begini.
Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat 90 minit waktu perlawanan.
JDT tewas akibat terlalu yakin yang mereka hebat apatah lagi selaku bekas juara AFC 2015 dan kemenangan keatas Lao Toyota minggu lalu menambahkan lagi keyakinan mereka...


No comments:

Post a Comment