})();

10 April 2016

Jaguh Motor Negara Buru Petak Hadapan

Khairul Idham Pawi Mahu Petak Lebih Depan

Melakar sejarah dalam pemotoran negara menduduki tempat pertama Grand Prix Argentina minggu lalu, Khairul Idham Pawi menduduki petak ke-21 pada sesi latihan bebas kedua di Austin, texas semalam.

Pada usia muda 17 tahun beliau berjaya dinobatkan sebagai juara permotoran pertama negara itu mencatatkan kepantasan 2 minit 18.361 saat pada aksi sebelah petang dan berjaya memperbaiki catatan masa sesi pagi ketika mencatatkan 2'20.903s untuk berada di tempat ke-24.

Menurut Khairul Idham, dia sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan litar yang sedikit sukar dan cuba memperbaiki catatan masa pada ujian masa sebenar nanti.

"Litar ini agak mencabar dengan banyak selekoh dan berbukit-bukit selain melawan arah jam.
"Saya tengah menyesuaikan diri dengan keadaan litar ini dan saya akan cuba berusaha yang mungkin untuk mendapatkan petak di depan", katanya.

Bagi pengurus Honda Team Asia Tadayuki Okada memang mengakui litar sejauh 5.515 kilometer itu sememangnya mencabar buat penunggang muda seperti Khairul Idham.

Manakala seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin yang beraksi bersama Drive M7 SIC Racing Team kelas moto3 berada pada tempat ke-29 sesi bebas pertama dengan masa 2'21.574s sebelum memperbaiki kedudukan itu di tangga ke-24 pada sesi latihan bebas kedua dengan masa 2'18.681s.

No comments:

Post a Comment