})();

11 April 2016

Datuk Lee Chong Wei Raih Gelaran Ke-11

Chong Wei Buktikan Masih Berbisa

Jaguh Badminton nombor satu negara dan nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei membuktikan yang beliau masih hebat dengan menundukkan jaguh no.1 dunia Chen Long dari China melalui kemenangan yang cukup menakjubkan menang mudah.

Chong Wei mencatatkan kejayaan kali ke-11 pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2016 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Persembahan cukup menakjubkan sejak tahun 2004 walaupun gagal merangkul pingat tahun lepas.

Jaguh negara itu dengan mudah merampas kembali gelaran tersebut dengan 21-13,21-8 hanya dalam tempoh 42 minit sahaja bagi mengetepikan  pemain no.1 dunia Chen Long.

"Saya sama sekali tidak percaya apa yang telah saya lakukan sebentar tadi dan menang dengan straight set . Semangat saya menjadi lebih tinggi bila menang set pertama dan strategi menyerang membuahkan hasil.
"Tapi ini tidak bermakna yang Chen Long tidak bagus, mungkin dia kurang aktif dan semangat saya tinggi bermain di tempat sendiri dengan sokongan padu penonton dan dia dah pegang juara tahun lepas", kata Chong Wei.

Chong bangkit semula selepas tewas pada dua perlawanan awal kejohanan yang disertainya sebelum ini iaitu Seluruh England dan Terbuka India.

Apa yang menjadi lebih menarik adalah rekod pertemuan kedua-dua jaguh itu kini seri dengan 12-12 dan merupakan kemenangan ketiga berturut-turut selepas Terbuka China dan Terbuka Hong Kong tahun lalu.

Tahun lalu Chong Wei tidak beraksi pada Terbuka Malaysia akibat penggantungan selepas gagal ujian air kencing pada kejohanan Dunia 2014.

Chen Long dalam pada itu mengakui beliau sukar menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang namun turut menyatakan yang Chong Wei adalah lawan yang sukar ditundukkan.

Sekalung tahniah seluruh warga Malaysia ucapkan kepada Chong Wei, biar pun bergelut dengan kekalahan yang mendapat komen negatif seluruh negara namun berjaya memulihkan imej beliau.

Chong Wei membawa pulang selaku juara sebanyak AS$41,250 (RM161,582), manakala Chen Long membawa pulang AS$20,900 (RM81,868).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

No comments:

Post a Comment