})();

01 April 2016

Chong Wei Kecundang Lagi

Kejutan diLakukan Pemain Muda Hong Kong Menewas Juara Dunia Datuk Lew Chong Wei

Jaguh badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei mengalami kekalahan kedua berturut-berturut di pusingan awal selepas tersingkir di pusingan pertama Seluruh England, tiga minggu lalu.

Adakah kekalahan ini menunjukan yang Chong Wei sudah tiba masanya berundur diri dan mungkin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menekan butang berwarna merah selepas kekalahan di pusingan kedua Terbuka India, malam tadi.

Jaguh pilihan nombor satu itu tunduk kepada pemain muda Hong Kong berusia 21 tahun dengan 19-21, 19-21 dalam tempoh 21 minit dan membuatkan ramai peminat terfikir mampukah beliau bertanding di temasya dunia Olimpik Rio nanti.

Ketika terbuka seluruh Englang Datuk Lee Chong Wei dimalukan pemain dari India, B Sai Praneeth pada pusingan awal dan ini merupakan kekalahan kedua beliau berturut-turut.

Kerisauan peminat tidak perlu dipanjangkan kerana kalau dilihat tahun lepas Lee Chong Wei juga tewas pada dipusingan awal Terbuka Jepun, Terbuka Denmark dan Terbuka Korea Selatan sebelum bangkit kembali menjuarai dan merangkul tiga kejuaraan berturut-turut dengan Terbuka Perancis, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.

Kini hanya beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang masih unggul bertahan membawa cabaran Malaysia dikejohanan itu.

No comments:

Post a Comment