})();

14 April 2016

Cabaran Debat TMJ Di Sahut KJ

Menteri Belia Dan Sukan Setuju Debat Isu Bolasepak Malaysia

Pembangunan akar umbi bolasepak Malaysia yang pernah dilontarkan B.Sathianathan sebelum ini mendapat reaksi pelbagai pihak di Malaysia.

Reaksi turun di terima dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mencabar Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan reaksi KJ bersetuju mengadakan debat tersebut bagi mengupas kemerosotan bolasepak negara.

"Saya bersetuju menyahut cabaran , kalau tak nanti orang cakap saya tak mahu bersemuka.
"Sama ada ia baik atau tidak buat bolasepak negara belum tahu lagi.

"Lebih baik menyahut cabaran itu dan meluahkan apa yang perlu diluahkan," kata KJ.

Apa yang saya nonton di TV1 malam ini jam 8 tadi....FAM tidak bersetuju dan KJ pun tak setuju la plak....Datuk Hamidin berkata yang FAM sentiasa membuka pintu rundingan dengan mana-mana pihak bila-bila masa dan bersetuju membuat perbincangan tertutup dengan TMJ.

Manakala Jurulatih skuad bolasepak negara Datuk Ong Kim Swee pula berkata, bukan isu perdebatan yang kita inginkan tetapi soal "input dan output", yang harus kita dalami .

No comments:

Post a Comment