})();

11 April 2016

Anugerah Khas 100PLUS Buat Johor DT

Kemenangan Piala AFC 2015 Melayakkan  Harimau Selatan Merangkul Anugerah 100PLUS

Skuad Johor Darul Ta'zim yang menjadi kebanggaan negara selepas memenangi Piala AFC 2015 melakar sejarah baharu bolasepak Malaysia tahun lepas, melayakkan pasukan Harimau Selatan itu dipilih sebagai penerima Khas Anugerah 100PLUS pada majlis Anugerah Sukan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2015.

Satu anugerah yang cukup berprestij itu memainkan peranan untuk memberi pengiktirafan kecermerlangan atlet serta kewartawanan sukan itu akan diadakan pada 13 April 2016 dan akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tahniah buat JDT yang cukup unggul dalam bolasepak negara di bawah Tengku Mahkota Johor.

Senarai Penerima Anugerah Khas 100PLUS Terdahulu:

2011
Pasukan Bolasepak B23
(Juara Piala AFF SUZUKI 2010)

2012
Skuad Bolasepak Skuad Harimau Muda
(Pingat emas sukan SEA 2012)

2013
Mohd Zulfahmi Khairuddin
(Kejuaraan Moto3 Dunia 2012)

2014
Skuad Hoki Remaja
(Kejohanan Piala Dunia Remaja 2013)

2015
Pasukan Skuasy Wanita
(Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2014)

No comments:

Post a Comment