})();

09 March 2016

Sharapova Bakal Di Gantung 4 Tahun

Gagal Ujian Dadah Jelitawan Tenis Sharapova Hilang 3 Penaja Dan DiGantung

Jelitawan tenis Russia dan juara lima kali Grand Slam, Maria Sharapova yang gagal dalam ujian doping boleh dikenakan hukuman gantung selama 4 tahun. Namun peguam Sharapova berkata hukuman itu masih boleh dikurangkan lagi.

Pemain no satu dunia itu gagal pada ujian doping di Terbuka Australia dan masih belum mengetahui hukuman yang bakal diterima susulan keputusan ujian itu.

Menurut Sharapova, perubahan dalam senarai bahan larangan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) untuk tahun 2016 adalah punca kepada kesalahanya yang menyebabkan dirinya digantung sementara oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

Dadah jenis Meldonium yang telah diambilnya sejak lama dahulu dari tahun 2006 menjadi penyebab kerana ia baru saja disenaraikan sebagai bahan larangan pada 1 Januari lepas.

Beliau juga hilang penajaan dari Nike, TAG Heuer dan Porsche. ITF mengesahkan ujian ke atas bekas pemain nombor satu dari Russia itu didapati positif pada 26 Januari lalu dan Sharapova menerima laporan pada 2 Mac lalu.

Sharapova akan digantung sementara bermula 12 Mac ini, sementara menunggu keputusan kes itu.

Sementara itu, ketua persekutuan tenis Russia, Shamil Tarpishchev percaya Sharapova akan diberi peluang untuk beraksi di Sukan Olimpik Rio, Ogos nanti.

No comments:

Post a Comment