})();

05 March 2016

Selangor DiBedil Polis

Kejutan Dilakar PDRM Singkirkan Polis Pada Saingan Piala FA

Selangor disebut-sebut salah satu pasukan yang akan ke suku akhir Piala FA gagal meneruskan saingan apabila tewas kepada PDRM 1-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Rembatan kencang pemain import Polis pada minit ke-27 gagal menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan yang sudah bersedia menafikan gol tersebut yang dilihat PDRM mampu berada didepan.

Namun The Red Giants dihukum menerusi jaringan cantik Ahmad Nizam Mohd Rodzi pada minit ke-37 selepas menerima hantaran silang Mohd Safwan sekaligua menghadiahkan gol pertama .

Kubu Selangor terpaksa bekerja keras selepas asakan bertubi-tubi The Cops menerusi percubaan bertali arus dari Safwan, disusuli sepakan Ali dan Amir Saiful Baderli tetapi berjaya di tepis penjaga gawang Selangor, Khairul Azhan.

Tandukan cantik Safwan pada minit ke-57 meletakkan tuan rumah berada di depan. Selangor berjaya merapatkan jurang kedudukan apabila gol  mereka hadir pada minit ke-86 hasil jaringan cantik Patrick Ronaldinho Wleh. Keputusan itu melayakan PDRM mara ke suku akhir Piala FA.

No comments:

Post a Comment