})();

03 March 2016

Pulau Pinang Kecewa Satu Mata

Gagal Manafaatkan DiGelanggang Sendiri Mengundang Kemarahan Peminat Setia The Panthers

Harapan untuk meraih 3 mata penuh gagal direalisasikan ditempat sendiri untuk aksi keempat Liga Super apabila sekadar seri dengan Perak FA selasa lepas.

Menyaksikan pasukan kendalian mamu Jakco jatuh 1 anak tangga dengan menduduki tempat keenam, selepas hanya mampu mengutip 1 mata.

Kealphaan pada penghujung babak pertama diminit ke-45 menghukum Pulau Pinang. Aksi yang lemah longlai dan kurang sefahaman menambahkan lagi kebuntuan Pulau Pinang menambah gol pada babak kedua perlawanan.

Mamu Jacko enggan mengulas mutu pengadilan bila di tanya wartawan kerana itu bukan tugas beliau dan beliau hanya fokus kepada pemain.

Bercakap tentang Osha Saha, mereka akan memberi perhatian terhadap beliau agar beliau lebih tajam semasa mendapat bola agar dapat menjaringkan gol. Rata-rata penyokong The Panthes melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara persembahan pemain inmport baru mereka dari Nigeria, Osha Saha yang dilihat gagal mengawal bola dengan baik disamping ketumpulan dalam menjaringkan walaupun peluang terbuka luas.

No comments:

Post a Comment