})();

13 March 2016

Pulau Pinang Di Pukau PQP The Red Warriors

Kelantan Benam Pulau Pinang 3-1

Hasrat Pulau Pinang untuk membawa pulang 3 mata gagal apabila tewas kepada Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Pulau Pinang nampak garang pada awal permainan separuh masa pertama apabila membuat serangan bertubi-tubi kekubu Kelantan , namun kekentalan pertahanan menggagalkan setiap serangan bertali arus dari Pulau Pinang.

Skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors(PQPTRW) kemudianya mempamerkan aksi cukup bertenaga selepas itu dan berjaya menghasilkan gol pada minit keempat setelah tendangan percuma yang diambil Badri Radzi muntah dari tampanan penjaga gawang Pulau Pinang lalu ditanduk masuk oleh pemain import Kelantan, Blazhe Ilijoski.

Selepas itu kedua-dua pasukan dilihat saling membalas serangan namun ketumpulan barisan serangan gagal menghasilkan gol.

Pulau Pinang hampir menjaringkan gol pada minit ke-23 apabila Jafri Chew hanya berhadapan dengan Khairul Fahmi namun kekurangan pengalaman pemain Pulau Pinang yang berusia 19 tahun itu gagal menyempurnakanya apabila tendangan beliau tinggi melambung di atas palang gol.

Kelantan berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-34 apabila tendangan deras Blazhe mencecah gawang Pulau Pinang menewaskan Firdaus.

Pulau Pinang dilihat seperti telah berputus asa apabila babak kedua bermula, jentera serangan Pulau Pinang terlalu tumpul, barisan pertahanan pula semakin goyah dan mudah ditembusi...hasil kekalutan Pulau Pinang telah membawa padah apabila Badri Radzi berjaya menambah gol ketiga yang menambah lagi derita Pulau Pinang pada minit ke-70.

Coach Jaksen dilihat semakin tertekan lalu memasukan pemain import Pulau Pinang, Osas Saha dari Nigeria. Kemasukan Osas telah memberi nafas baru kepada Skuad The Panthers apabila beliau berjaya menghasilkan gol sagu hati buat Pulau Pinang pada minit ke-81.

No comments:

Post a Comment