})();

29 March 2016

Misi Pertahankan Juara - Datuk Nicol Ann David

Skuasy Wanita Dunia, Nicol Lawan Rachael

Datuk Nicol Ann David ratu skuasy Negara akan bertemu musuh tradisinya Rachael Grinham dari Australia untuk misi mempertahankan gelaran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia dalam aksi pusingan pertama dalam kejohanan pembuka tirai disini pada 25 April depan.

Selepas keputusan undian dikeluarkan pada majlis pelancaran kejohanan itu semalam, jaguh Negara nombor 2 dunia itu akan menentang Rachael yang berada pada ranking ke-20 dunia.

Mereka pernah bertemu dalam dua pentas final  saingan dunia 2005 dan 2006.

Jika Nicol menang, beliau akan menentang juara lapan kali dalam menuju ke final iaitu Allison Waters jaguh England dan jaguh terbuka British, Nour El Sherbini.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, YB Khairi Jamaluddin yakin dan optimis yang ratu skuasy Negara itu mampu mengatasi segala tekanan semasa beraksi dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini nanti.

Sebagai pemain profesional, Nicol sudah biasa menerima tekanan pada peringkat  tertinggi. Rakyat Malaysia diharap dapat memberi sokongan yang padu dan jitu kepada Nicol.

Kejohanan yang disertai lebih 50 atlet sukan skuasy darib19 buah negara, dijadual berlangsung dari 24 April hingga 30 April di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Malaysia juga akan diwakili oleh Delia Arnold dan Low Wee Wern yang juga bekas pemain kelima dunia.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan skuasy dunia pada 2004 dan 2013 yang menyaksikan tawaran hadiah cukup lumayan berupa sebuah kereta jenis Citreon DS4 dan wang tunai AS$185,000 (RM743,061).

No comments:

Post a Comment