})();

10 March 2016

Manchester City Memperkenalkan Lencana Baru

Lencana Baru Manchester City di Perkenalkan

Penyokong harus bersedia menggunakan Lencana Baru musim 2016/2017 nanti..

Bersempena perlawanan menentang Sunderland di Boxing Day, Manchester City FC berbesar hati memperkenalkan lencana baru kelab mereka kepada umum. Lencana yang disifatkan sebagai asli, moden dan mewakili bandar Manchester adalah berikutan dari tempoh perbincangan selama 30 hari dan siri ceramah serta penerangan sejarah lencana kelab oleh pakar Gary James, dimana beribu ahli Cityzens telah mengambil bahagian dan memberi maklum balas kepada kelab samada mereka ingin mengubah bentuk lencana yang sedia ada sekarang sejak ia diperkenalkan lada tahun 1997 (18 tahun lalu).


Tidak mengejutkan, lencana baharu ini didominasi warna biru (94%) dan putih (68%) sebagai 2 warna paling popular.

Tiga simbol paling digemari para peminat yang menjadi asas rekabentuk lencana baharu adalah mengikut turutan berikut:

Kapal Manchester (85%) yang tertera di ketiga-tiga lencana kelab terakhir merupakan simbol bandar Manchester yang dikaitkan dengan hubungan perdagangan dan penampilan global

Tiga sungai (67%) iaitu tiga sungai mengalir merentasi bandar Manchester: Sungai Irwell, Medlock dan Irk yang menjadi nadi penduduk bandar Manchester yang turut terpapar di Peta bandar ini, dan turut tertera didua dari tiga lencana terakhir kelab ini.

Bunga ros (60%) iaitu dari peta bandar manchester yang asal dan tertera di salah satu lencana kelab terdahulu menjadi simbol warisan awal kelab dan kaitan sejarah dengan wilayah Lancashire dimana bandar Manchester itu terletak.

Ketiga-tiga simbol ini dikekalkan dalam perisai sebahagian dari rekabentuk lencana baru yang mana lebih besar dan menonjol berbanding di lencana-lencana terdahulu sebagai mengadaptasi lambang bandar Manchester.
Bercakap tentang rekabentuk baharu lencana, pakar sejarah bolasepak Manchester, Gary James berkata " Kelab ini tahu betapa pentingnya warisan kelab kepada para peminat dan telah memastikan para peminat yang arif tentang sejarah kelab dirujuk.
4 Lencana di Gelerikan

Para Peminat City berpeluang melihat lencana baharu sebelum perlawanan menentang Sunderland. 


Para peminat city perlu membiasakan diri dengan lencana baharu sebelum ia dilancarkan secara rasmi untuk musim 2016/2017.

Bendera berlogo baru berkibar megah di laman City, Stadium Etihad

Nota: Pengertian JATA adalah Lambang..

No comments:

Post a Comment