})();

01 March 2016

Le Tour de Langkawi Peringkat 6

Putrajaya ke Rembau Peringkat ke-6 Le Tour de Langkawi

Reinardt Janse Van Rensburg merampas jersi individu keseluruhan yang dimiliki Miguel Angel Lopez dari Astana Pro Team selepas berakhirnya peringkat keenam Le Tour de Langkawi semalam.

Dengan kelebihan enam saat berjaya dikurangkan Van Rensburg kelmarin. Malang bagi Lopez apabila mengalami tayar pancit ketika perlumbaan berbaki enam kilometer semalam sekaligus kelebihan 23 saat yang dimiliki pada peringkat kelima terpadam apabila melintasi garisan penamat dikedudukan ke-63 dengan masa tiga jam 34 minit 36 saat.

Kejayaan merampas jersi kuning bermakna pasukan World Tour dari Afrika itu semakin hampir mempertahankan kejuaraan selepas Youcef Reguigui memenanginya tahun lepas, ketika masih dikenali dengan nama MTN-Qhubeka sebelum menukar nama kepada Dimension Data.

Perlumbaan peringkat keenam dari Putrajaya ke Rembau, Negeri Sembilan semalam dimenangi Jakub Mareczko dari Southeast-Venezuela dengan cacatan masa 3 jam 34 minit 1 saat diikuti Juraj Sagan (Tinkoff) dan Dylan Page (Team Roth).

Jersi Raja Bukit pula dimenangi Wang Meiying dari Hengxiang Cycling Team dengan 49 mata walaupun masih berbaki dua zon pendakian. Ini kerana Meiying dan pencabar terdekatnya Loh Sea Keong (28 mata) yang mewakili Negara tidak meraih sebarang mata dalam empat zon pendakian semalam.

Kedudukan Teratas:

1. Jakub Mareczko
2. Juraj Sagan
3. Dylan Page

Keseluruhan : Jersi Kuning

1. Reinardt
2. Daniel Diez
3. Miguel Angel Lopez

Raja Pecut : Jersi Teal

1. Andrea Guardini
2. Andrea Palini
3. John Murphy

Raja Bukit : Polka Dot

1. Weng Meiyin
2. Loh Sea Keong
3. Miguel Angel Lopez

Terbaik Asia : Jersi Putih

1. Adiq Husainie
2. Masakazu Ito
3. Zhao Jingbiao

Pelumba Terengganu Cyling Team (TSG) Adiq Husainie Othman bukan saja mahu mempertahankan jersi pelumba terbaik Asia namun mahu memburu kemenangan ..

No comments:

Post a Comment