})();

20 March 2016

Keputusan Perlawanan Piala FA Superpower Best 19hb Mac 2016

Suku Akhir Pertama Piala FA 3 Perlawanan Berlangsung Malam Tadi

Keputusan:

PDRM 0 -1 JDT

Sime Darby FC 0 - PKNS FC 4

Perak 1 - 0 Kuala Lumpur

Perlawanan Suku Akhir Superpower Best Piala FA malam tadi menyaksikan JDT, Perak sekadar menang tipis dan PKNS berpesta gol.

The Southern Tiger (JDT) yang telah diramal memenangi perlawanan dengan The Cop (PDRM) di Stadium Hang Jebat malam tadi sekadar menang 1-0, walaupun ramalan sasaran awal mereka menjaringkan banyak gol namun meleset. Walaubagaimana pun kemenangan itu membawa erti yang besar bila bermain ditempat lawan.

PKNS pula berpesta gol membelasah ditempat lawan dengan 4-1 dan kemenangan Perak ditempat sendiri 1-0 masih belum menentukan kemaraan mereka kerana Perak akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 2 April nanti yang bakal menentukan nasib mereka pada perlawanan suku akhir kedua.

Di Stadium Hang Jebat pula JDT menang keatas PDRM dengan sepakan penalti yang diambil oleh Juan Martin Lucero pada minit ke-19 dan keputusan jaringan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menyaksikan Juan Cobelli menjaringkan dua gol buat PKNS , dan mereka semakin mengganas pada babak kedua perlawanan dan berjaya menambah lagi 3 gol menjadikan keputusan penuh 4-0 mengatasi Sime Darby FC yang layu.

Skuad Semut Merah berjaya mendapatkan gol pertama hasil jaringan pemain import dari Palestin, Matias Hadwa pada minit ke-19. Kekurangan pemain Sime Darby yang dilayangkan kad merah dan bermain 10 orang tidak disia-siakan PKNS apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-53.

Penyerang berbisa PKNS dari Argentina, Cobelli menambah sakitnya Sime Darby selepas 2 minit dari gol kedua, beliau terus menendang kencang ke gawang lawan menewaskan penjaga gol Sime Darby untuk gol ke-3 pada minit ke-78. Mohd Nazrin Syamsul Bahri terus membuatkan derita bertambah malang apabila menyumbatkan gol ke-4 lima minit sebelum tamat perlawanan.

Ketumpulan jentera serangan Perak yang nyaris-nyaris hanya sekadar seri dengan Kuala Lumpur dilihat tidak berupaya menyekat kemaraan pihak lawan dan kredit harus diberi pada pertahanan mereka yang berjaya mengekang serangan Kuala Lumpur. Nasib menyebelahi Perak apabila mendapat gol percuma hasil jaringan sendiri pihak lawan dan berkesudahan dengan 1-0.

Gol percuma itu diperoleh hasil sepakan sudut Nazirul Naim Che Hashim ditanduk pertahanan Perak, Thiago Junior yang gagal ditepis penjaga gol Kuala Lumpur, Badrul Zaman dan terkena Helmi Remeli terus melantun masuk ke gawang gol.

No comments:

Post a Comment