})();

25 March 2016

Amaran Dari K.Devan PQPTRW

K.Devan Beri Amaran Kepada Liga Super

Sepanjang cuti rehat 2 minggu Liga Malaysia kebanyakan pasukan cuba mencari sesuatu untuk meningkatkan kualiti permainan pasukan masing-masing dari pelbagai aspek termasuk taktikal.

Begitulah juga dengan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors yang dikendali K.Devan memberi amaran keras kepada lawan mereka dalam Liga Super apabila bermulanya 5 April depan Kelantan akan bangkit dan mempamerkan aksi lebih aggresif dan mantap.

K.Devan berkata yang anak-anak buahnya sudah tidak sabar lagi mempamerkan aksi sebenar selepas menumpaskan Pulau Pinang pada aksi terakhir, 12 Mac lalu.

" Kami akan bertemu dengan JDT yang berada pada tangga teratas dan pasukan teratas lain seperti Selangor, Felda United dan Terengganu. Saya juga telah "brain wash" dengan berkata yang Kelantan sepatutnya berada jauh lebih baik dari mereka.

" Dan bagaimana kita boleh berada diatas!! lain dan tak bukan dengan menewaskan mereka", kata Devan.

Walaupun ada sesetengah jurulatih berpendapat tempoh rehat yang panjang akan memberi kesan pada rentak permainan, tapi beliau merasakan perkara itu tidak akan menjejaskan persiapan meningkatkan prestasi anak-anak buahnya.

" Pada saya cuti rehat ini memberi peluang kepada saya dan keuntungan untuk menilai semula kelemahan yang sedia ada serta menguji pemain lain." ujar Devan lagi.

Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, malam ini dan Perlis di Kangar, pada 29 Mac nanti.

No comments:

Post a Comment