})();

15 February 2016

The Gunners Bedil Leicester City

Welbeck lukakan hati Leicester
Arsenal kutip 3 mata penuh...

Danny Welbeck selaku pemain gantian meledak gol kemenangan dramatik untuk membantu Arsenal menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris(EPL), Leicester City 2-1 di Emirates, malam tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja menjadi pemangkin semangat baru buat The Gunners dalam pemburuan trofi kejuaraan, malah kembali merapatkan jurang dengan hanya 2 mata.

Terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-54 selepas Danny Simpson diarah keluar padang kerana menerima 2 kad kuning, duka Leicester bertambah parah apabila Welbeck menjaringkan gol hasil tandukan pada masa kecederaan berpunca sepakan percuma wira German, Mesut Ozil.

Leicester yang tampil mengejutkan musim ini begitupun terlebih dahulu berada didepan menerusi jaringan penalti penyerang berbisa, Jamie Vardy pada penghujung babak pertama perlawanan.

Skuad bimbingan Claudio Ranieri kini mempunyai tempoh dua minggu untuk mengumpul kembali kekuatan bagi memburu kejuaraan dan dijadualkan bertemu Norwich City di laman sendiri..

No comments:

Post a Comment