})();

18 February 2016

RM10,000 GANJARAN FAIZ SUBRI

RM10,000 INSENTIF PENGHARGAAN BUAT FAIZ SUBRI AJAIB

Faiz Subri mempunyai satu lagi alasan untuk tersenyum lebih lebar hari ini.

Selepas melakar nama yang masyhur di seluruh dunia pemain skuad bola sepak Pulau Pinang itu menerima penghargaan bernilai RM10,000 yang diserahkan ketua menteri Lim Guan Eng.

Wang itu adalah pemberian Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP).

Di sidang medianya di Komtar, George Town hari ini Tuan Lim Guan Eng berkata , kerajaan negeri yakin Faiz akan dipertimbangkan menjadi salah seorang calon penerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Anugerah Puskas diberi kepada penjaring gol tercantik setiap tahun sebelum pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik dunia diumumkan setiap tahun.

"Seperti yang anda tahu, prestasi pasukan kebangsaan kita tidak begitu baik dan berada di kedudukan ke-172 dunia," katanya.

Pada masa sama, kata Lim, Faiz meletakkan Pulau Pinang dan Malaysia di peta dunia selepas menjaringkan gol 'ajaib' ketika saingan Liga Super pada 16 Februari lalu.

Ketika itu Pulau Pinang menentang Pahang di Stadium Bandaraya. Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah, 4-1.

Kontrak dua tahun

Faiz sendiri menjaringkan dua daripada empat gol Pulau Pinang.

Dalam sidang media sama Lim berkata, warga Pulau Pinang wajar mencontohi Faiz untukmenjadi hero di peringkat dunia dan bukannya sekadar jaguh kampung.

No comments:

Post a Comment