})();

28 February 2016

PDRM Gagal Jinakkan " The Panthers"

PDRM GAGAL BEDIL HARIMAU KUMBANG

PDRM diikat oleh Pulau Pinang  dengan 2-2 pada aksi perlawanan ketiga Liga Super malam tadi si Stadium Hang Jebat, Melaka .

Pulau Pinang mendahului PDRM seawal minit pertama perlawanan menerusi rembatan S Kumaahran yang menewaskan penjaga gol Hazriq Nazli dan memberi petunjuk awal yang Pulau Pinang akan pulang dengan 3 mata.

Rembatan deras Kapten pasukan, Raffiudin Roddin ke gawang PDRM ditepis keluar Hazriq Nadzli, dan Pulau Pinang gagal menambah gol sehingga habis babak separuh masa pertama.

Peluang PDRM menyamakan kedudukan hadir  menerusi  percubaan Andre William pada minit ke-38 tetapi sedikit tersasar di kanan gawang gol.

Bermulanya babak kedua menyaksikan serangan bertubi-tubi oleh PDRM, namun jentera serangan gagal manafaatkan oleh pemain import Ali Asfaq pada minit ke-50 di selamatkan Sani Anuar Kamsani penjaga gol Pulau Pinang.

"The Corp", berjaya mendapat gol hasil sepakan penalti apabila Saruwan Baharudin dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sekali lagi PDRM berada didepan menerusi tandukkan Souleymane Konate selepas hantaran cantik dari Ahmad Nizam berjaya dilaksanakanya.

Perlawanan dilihat seakan berkesudahan dengan Pulau Pinang akan pulang hampa namun sepakan percuma Matias Cordoba berjaya mencecah gawang gol bagi melengkapkan keputusan 2-2.

No comments:

Post a Comment