})();

27 February 2016

Le Tour de Langkawi Peringkat ke-3

Peringkat Paling Mencabar - Pendakian, Lonjakan Murphy

Pendakian ke Tanah Rata, Cameron Highland hari ini kategori hors, menjadi tumpuan Le Tour de Langkawi(LTdL) kerana bakal menentukan juara kategori individu keseluruhan (jersi kuning).

Jika mana-mana pelumba mampu melintasi garisan penamat dengan kelebihan masa yang baik berbanding pelumba lain, dia dijangka menyarung jersi kuning sehingga tamat perlumbaan peringkat kelapan nanti.

Cabaran utama diramal diberikan pelumba Hwngxiang Cycling Team Wang Meiyin selepas mempamerkan aksi aggresif pada 2 peringkat awal.

Beliau pernah melakar kejutan dengan meninggalkan pelumba lain secara solo untuk memenangi pendakian di Cameron Highland tahun 2013 lalu.

Pelumbaan peringkat ketiga dari Kulim ke Kuala Kangsar sejauh 107.2 kilometer dimenangi oleh Pelumba United Healthcare John Murphy dengan masa 2.30:31s. Keyakinan semakin tinggi bagi para pelumba Amerika Syarikat untuk mencabar hari ini dengan Murphy menjelaskan tiga pakar pendaki pasukannya sudah bersedia untuk pendakian.

Harrif Tidak Menjadi

Strategi pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh mengekori Andrea Guardini pada peringkat ketiga dari Kulim ke Kuala Kangsar dilihat tidak menjadi.
Pelumba Astana Pro Team itu yang telah memenangi 19 kejuaraan tidak mampu kedepan dan sekadar berada di tempat kelima manakala Harrif dikedudukan ke-15.

Keputusan Peringkat ke-3: Kulim ke Kuala Kangsar(107.2km)

Kedudukan teratas
1. John Murphy (USA)
2. Francesco Chicci (ITA)
3. Jakub Mareczko (ITA)

Keseluruhan Jersi Kuning
1. Andrea Guardini
2. Anderea Palani
3. John Murphy

Raja Pecut: Jersi Teal
1. Andrea Guardini
2. John Murphy
3. Wang Meiyin

Raja Bukit: Jersi Polka Dot
1. Wang Meiyin
2. Loh Sea Keong
3. James Oram

Terbaik Asia: Jersi Putih
1. Wang Meiyin
2. Felipe Marcelo
3. Seo Joo Yong

No comments:

Post a Comment