})();

22 February 2016

Hariaaaa Penang Hariaaa Kulai Dilaman Sendiri

Pulau Pinang Fokus Liga Super

Walaupun tewas kepada Kuantan FA sabtu lepas tidak bererti tewas buat selama-lamanya, selepas dinafikan 2-4 pada aksi Piala FA di Stadium Bandaraya.

Bagi Coach Pulau Pinang Jacksen Tiago Ferriera berkata segalanya sudah diatur namun rezeki tidak memihak kepada mereka.

Sedikir kelemahan di bahagian pertahanan dan kepincangan jentera serangan jelas kelihatan walaupun setiap pemain sudah menunjukkan sepenuh perhatian seawal permainan bagi mendapatkan gol awal.

Saya akui kami terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan gol pertama pada minit ke-80 apabila Marthias Cordoba berjaya menjaringkan gol sulung sebelum pemain import baru Kuantan FA, Dao Bakary berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-89.

Perlawanan terikat dengan 1-1 membawa kepada tambahan masa 30 minit,
Kuantan FA terus mengganas dan 2 gol lagi berjaya dijaringkan pemain import dari Jepun Shunsuke Nakatake yang pernah bermain bersama kelab Hougang United di Liga Singapura pada minit ke-5 dan Abdul Malik Mat Arip pada minit ke-9.

Biarpun tewas dan gagal melangkah ke peringkat seterusnya namun ia tidak melemahkan semangat " The Panthers", untuk meneruskan perjuangan dalam Liga Super akan datang dengan PDRM di Stadium Hang Jebat 27hb februari nanti ujar Jacksen Tiago.

No comments:

Post a Comment