})();

18 February 2016

Faiz Subri Lelong Jersey RM100,000

Set Jersey Mohd Faiz Subri dilelong pada harga permulaan RM100,000

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang(FAP) akan membuat lelongan set Jersey dan but semasa menjaringkan gol ajaib Selasa lepas.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Arif berkata, seluar dan stoking yang dipakai Faiz juga akan dilelong.

Kata beliau lagi, kesemua set Jersey akan dilelong bermula dengan harga RM100,000 dan hasil lelongan tersebut akan disalurkan untuk pembangunan Skuad " The Panthers".

Peminat atau pembida boleh lawati laman web rasmi FAP. Semua set pakaian tersebut siap ditandatangani pemain tersebut.

Mohd Faiz mula menjadi tumpuan peminat bola sepak dari dalam dan luar negara semalam selepas video sepakan bebasnya pada minit ke-62 ketika menentang Pahang menerjah gawang dengan teknik yang agak unit di viralkan.

Video yang berdurasi 1.30 saat itu telah mendapat jutaan like di facebook dan ditonton hampir 2 juta orang sehingga pagi semalam dan Perdana Menteri Malaysia YB Datuk Seri Najib turut memberi komen dilaman Twiter beliau.

Mamu Jacksen Ferriera Tiago selaku ketua jurulatih Pulau Pinang turut merasa terpegun dan kagum dengan kemampuan anak didiknya. Hasil usaha latihan keras yang ditunjukkan Faiz Subri selama ini tidak sia-sia dan kini asas latihan tersebut sudah diterjemahkan dengan ajaib dan cukup padu yang jarang jarang dimiliki oleh semua pemain bolasepak.

Kelebihan Faiz adalah dia tahu menggunakan teknik-teknik yang terbaik bergantung kepada situasi padang dan faktor cuaca untuk menghasilkan tambah Coach Jacksen lagi.

No comments:

Post a Comment