})();

16 February 2016

Anak Antooo Bola Geng Pasar Malam

Peminat dan penyokong bolasepak terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang pekerjaan yang berbeza. Minat pada seseorang memangnya tidak sama.

Begitu juga kami peniaga pasar malam yang boleh dikatakan ramai meminati bolasepak dan setiap kali adanya perlawanan berhari hari kisah bolasepak akan dibualkan termasuk komen cara permainan pemain import yang dibawa masuk oleh setiap negeri.

Kami peniaga pasar malam Pulau Pinang juga tidak terlepas meminati bolasepak apatah lagi musim 2016 ini, The Panthers layak ke Liga Super. Situasi ini juga merancakkan arena bolasepak Pulau Pinang yang sudah sememangnya rancak dari zaman Merzagua lagi.

Malam ini perlawanan antara Pulau Pinang melawan Pahang dan akan berlangsung di Stadium Keramat kami iaitu Estadio Bandaraya...stadium yang penuh dengan kenangan sejak zaman saya dibangku sekolah lagi.

Masing masing sudah pun mendapatkan tiket perlawanan malam nanti dan ada juga yang sanggup bercuti dari berniaga semata mata untuk memberi sokongan kepada pasukan Pulau Pinang..walaupun harga tiket naik sebanyak.RM8 dan sekarang Rm30 untuk Grandstand tidak menjadi penghalang buat kami demi Pulau Pinang.

Bagi saya, perniagaan saya berlangsung macam biasa cumanya saya tidak akan pergi berniaga . Anak anak buah akan uruskan perniagaan malam nanti kerana mereka sudah biasa dengan ketiadaan saya. Inilah kelebihan bila kita menggunakan pekerja walaupun kita tiada namun perniagaan tetap akan berjalan dengan ertikata yang duit tetap masyukkkkkk walaupun toke tidur hehehehhe...

Apa lagi.....jom buat persediaan, kita jumpa di stadium nanti.

No comments:

Post a Comment