})();

28 January 2016

Watson Kekal Lelaki Terpantas di Malaysia

          Watson Nyambek kekal selaku pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.30 saat (s) yang dilakukan pada 13 Julai 1998 di ibu negara.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim pada Mesyuarat Tergempar Majlis KOM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebentar tadi, keputusan itu sekali gus menyebabkan catatan 10.29s yang dilakukan oleh Badrul Hisyam Abdul Manap di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN (ASG) di Brunei, tahun lalu tidak diiktiraf selaku rekod kebangsaan yang baharu.

No comments:

Post a Comment