})();

28 January 2016

Hariaaaaa Penang Hariaaaa 2016

Keputusan seri 2-2 menentang Perak pada perlawanan persahabatan terakhir tidak beri sebarang makna kerana aksi penyerang import, Jose Tadeu masih di tahap membimbangkan.

Pengurus pasukan, Mohd Azizudin Mohd Sharif, berkata walaupun Tadeu ada jaringkan gol penyamaan, itu masih belum cukup menutup secara keseluruhan kelemahan yang dipamer sepanjang 90 minit.

Dalam soal itu, dia memuji prestasi kebanyakan pemain tempatan yang berjaya beri komitmen tinggi di atas padang.

” Masalah penyudah yang saya cukup risau kerana jelas tiada penyerang tulen di atas padang.

“Kita harapkan Tadeu selaku pemain import mampu memikul tanggungjawab diberikan namun  dia masih menghampakan semua pihak.

” Situasi ini kami akan pantau dan jika masih berterusan,mungkin kami akan fikirkan satu tindakan terbaik demi pasukan untuk bersaing ke Liga Super.

” Bagi pemain tempatan, saya rasa rata-rata telah berikan apa yang mereka ada untuk pasukan dan saya berpuas hati setakat ini.

” Kita juga mahu kehadiran beberapa pemain Harimau Muda mampu beri impak kerana kita tahu kualiti yang ada pada mereka,” katanya.

Pasukan Pulau Pinang akan terima kunjungan Selangor pada 29 Januari ini pada aksi persahabatan terakhir sebelum sepak mula 13 Februari.

Dalam masa sama, kem Pulau Pinang terima perkhabaran buruk bila pemain muda meningkat naik, Mohd Redzuan Suhaidi disahkan mendapat kecederaan ligamen lutut (ACL).

Dia mendapat kecederaan berkenaan pada babak pertama ketika berdepan Perak dan mungkin memaksanya dia berehat sehingga bulan Julai.

No comments:

Post a Comment