})();

22 January 2015

Bolasepak Piala Asia 2015 - Australia Tekad Bangkit



MELBOURNE, Australia – Australia gagal mengekalkan rekod kemenangan apabila mereka tewas kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Isnin lalu.
Keputusan tersebut me­nyaksikan mereka terlepas status sebagai pendahulu kumpulan dan perlu bertemu China pada aksi suku akhir di Brisbane hari ini.
Ketua pasukan itu, Tim Cahill berkata, kekalahan tersebut tidak mematahkan semangat pasukannya untuk terus mara pada kempen kali ini terutama ketika aksi berlangsung di hadapan penyokong mereka sendiri.
“Pada kami, ia adalah mengenai bagaimana kami perlu melalui cabaran ini. Apa yang kami tahu, kekalahan tempoh hari tidak menyebabkan semangat kami pudar dan mengalah.
“Ini mungkin sudah takdir. Mungkin kami sudah ditentukan untuk menentang China pada aksi suku akhir di Brisbane nanti. Ia pasti akan menjadi sebuah perlawanan yang akan ditonton oleh seluruh peminat bola sepak di dunia dan di Asia.
“Jika kami mampu memberi tekanan kepada mereka dan memaksa mereka berlari serta bermain bola sepak dengan cara kami, sudah tentu mereka akan berdepan masalah. Kami sangat menghormati mereka (China) tetapi saya mahu semua pemain memberi fokus kepada pasukan kami sendiri,,,” katanya.
Cahill menambah, kekalahan kepada Korea Selatan tidak memberikan kesan besar kepada persembahan mereka nanti.
“Walaupun kami tewas, keputusan tersebut tidak begitu memberi kesan. Secara keseluruhan, apabila anda menyaksikan perlawanan itu dan saya saksikannya semalam, kami melakukan beberapa gerakan untuk memasuki kawasan mereka dan kami memberikan permainan yang menarik.
“Namun, apabila anda tidak menjaringkan gol, ia akan kelihatan seperti permainan yang teruk. Kami sedar kami mampu mengecewakan mereka tetapi malangnya fokus kami hilang seketika dan kami menerima padah,” ujarnya. – Agensi

No comments:

Post a Comment