})();

19 November 2014

SENARAI PEMAIN JDT MUSIM 2015

jdt team 2015

Limpahan bintang “star” bola sepak tempatan dan import sekali lagi mewarnai skuad “Harimau Selatan” bagi mengharungi kempen Liga Super Malaysia untuk musim 2015 dan beberapa kejohanan lain.

Ini membuktikan kesungguhan Persatuan Bola Sepak negeri itu bagi merealisasikan objektif utama pasukan untuk memburu kejuaraan musim 2015.

Di samping dengan khidmat jurulatih yang berpengalaman pastinya akan memperlihatkan skuad Harimau Selatan lebih “bernafsu” musim depan dengan kehadiran beberapa pemain berkualiti.

Berikut adalah senarai awal atau tidak rasmi barisan pemain-pemain bola sepak Johor Darul Takzim musim 2015.


Penjaga Gol
Norazlan Razali
Al-Hafiz Hamzah
Izham Tarmizi
Pertahanan
Azizi Matt Rose
S. Subramaniam
Asrarudin Putra Omar
Daudsu Jamaludin
Mahali Jasuli
Marcos Antonio Santos
Aidil Zafuan
Fadhli Shas

Tengah
Safiq Rahim
Nurul Azwan Roya
Harris Harun
Shakir Shaari
Amri Yahyah
Nazrin Nawi
Jasazrin Jamaluddin
Irfan Fazail
Penyerang
Safee Sali
Luciano Figueroa
Jorge Pereyra Diaz

Cakap-Cakap Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan
Menurut beberapa sumber terutamanya dari penyokong setia ‘Harimau Selatan’ maklumkan akan berlaku perpindahan beberapa pemain untuk beraksi bersama JDT pada musim hadapan. Berikut adalah senarai pemain yang dimaksudkan
KeluarMasuk
Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo)S. Kunalan
Farizal Marlias
S. Chanturu
Junior Eldstal (Rasmi)
Pemain Import Baru
Etoo
Fernando Torres


Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia Musim 2015

Apakah rencah dah percaturan pasukan-pasukan liga Malaysia untuk tahun 2015? pemain mana yang akan berpindah dan pemain mana yang akanmenghangatkan suasana perpindahan untuk musim ini? layan jer update dari aku. aku juga akan update untuk jurulatih sma ada kekal atau pindah. 

P/S: gosip senarai perpindahan pemain ini dikutip dari beberapa sumber antaranya media sukan dan juga media sosial. Terpulang pada anda sama ada nak percaya atau tidak. Jom Layannnn...

Senarai Perpindahan Pemain:-

Syahrul Azwari (HMA) ---> Kelantan FA
Kepre Brice Herman Tchetche (Ivory Coast)  ---> Kelantan FA
Ighodaro Christian Osaguona (Nigeria) ---> Kelantan FA
Jonathan McKain (Australia) ---> Kelantan FA
Norfarhan Mohamad (Terengganu FA) ---> Kelantan FA
Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA) ---> Kelantan FA
Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA) ---> Kelantan FA
Hazrul Mustapha (Perak FA) ---> Kelantan FA
Indra Putra Mahayuddin (Felda FC) ---> Kelantan FA
Khyril Muhymeen (Kedah FA) ---> Kelantan FA

S. Chanturu (Sarawak FA) ---> JDT
Badri Radzi (Kelantan FA) ---> JDT
Junior Eldstal (Sarawak FA) ---> JDT
S. Kunalan (Selangor FA) ---> JDT
Farizal Merlias (Selangor) ---> JDT
Zubir Azmi (Terengganu FA) ---> JDT

Baddrol Bakhtiar (Kedah FA) ---> Pahang FA
Amirul Hadi Zainal (JDT) ---> Pahang FA

Gustavo Fabián López (Argentina /Arema - Indonesia) ---> Terengganu FA
Helmi Remeli (PKNS) ---> Terengganu FA

Razman Roslan (Pahang FA) ---> Selangor FA

Bruno Perone (Icasa - Kelab Brazil) ---> Perak FA
Hafiz Ramadan (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA
Amirul Azhan (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA
Mohd Norhakim Isa (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA
Muhammad Ridzuan Azly Hussam (Skuad Piala Presiden) ---> Perak FA

Rozaimi Abdul Rahman (Sabah FA) ---> Sarawak FA

Obinna Nwaneri (Nigeria / Kelantan FA) ---> ATM
Jerry Palacios (Hinduras) ---> ATM
Norshahrul Idlan Talaha (JDT) ---> ATM
Azmeer Yusoff (Perak FA) ---> ATM

Shakir Ali (Kelantan FA) ---> Kedah FA
Akmal Rizal Rakhli (Sarawak FA) ---> Kedah FA

Faiz Subri (Terengganu FA) ---> Pulau Pinang FA
Mazlizam Mohd (Terengganu FA) ---> Pulau Pinang FA
Mohd Aznie Taib (JDT 2) ---> Pulau Pinang FA
See Kok Luen (JDT 2) ---> Pulau Pinang FA
Redzuan Nawi (SabahvFA)  ---> Pulau Pinang FA
Mohd Azrul Ahmad (ATM) ---> Pulau Pinang FA
Mohd Remezey Che Ros (PKNS) ---> Pulau Pinang FA
Sany Anuar (Sarawak FA) ---> Pulau Pinang FA
Mafry Balang (Sarawak FA) ---> Pulau Pinang FA

Hafiz Kamal (Pahang FA) ---> PDRM

Fauzan Dzulkifli (PKNS) ---> Felda United

Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA) ---> T-Team
Mohd Nor Hakim Hasan (Terengganu FA) ---> T-Team
Rosdi Zakaria daripada (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ---> T-Team
Asroul Abdul Rahman (Sime Darby) ---> T-Team
Kim Tong Chan (Korea Selatan) ---> T-Team

Eddy Helmi Abdul Manan (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby
Abdul Halim Zainal (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad  (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby
Mohd Alif Shamsudin (N. Sembilan FA) ---> Sime Darby

Jurulatih Liga Malaysia 2015:-

Anuar Abu Bakar - T-Team
Vjeran Simunic - Perak FA

Mohd Syamsol Saad (Perak FA) --> T-Team
Anuar Abu Bakar (T-Team) ---> Selangor FA

Teguran TMJ Pada FAM

‘NYAWA’ skuad bola sepak Malaysia masih boleh diselamatkan jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berani melakukan perubahan ke atas pengurusan pasukan Harimau Malaya.
Demikian mesej ringkas Penasihat kepada Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengenai perkembangan pasukan kebangsaan yang bakal bertarung pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, Ahad ini....
Menurut Tunku Ismail, kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad negara dalam beberapa siri perlawanan persahabatan kebelakangan ini berpunca daripada sikap acuh tidak acuh pihak pengurusan yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
“Saya rasa kelemahan dimiliki pasukan kebangsaan boleh diperbaiki dengan mengubah sepenuhnya pengurusan pasukan. Kemudian (baharu) kita boleh memperbaiki prestasi pasukan.
“Negara kita mempunyai ramai pemain yang berbakat. Malah Dollah (Salleh) sendiri merupakan jurulatih yang bagus dan berpengalaman, tetapi (kemampuan) beliau amat terhad. Kita perlukan kepakaran dan bantuan kejurulatihan dari luar untuk membantu Dollah,” titah baginda dalam satu sidang akhbar di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin Johor Bahru semalam.
Tunku Ismail bertitah, pasukan kebangsaan perlu mempunyai pengurusan yang profesional di mana setiap anggota jawatankuasanya memberi sepenuh komitmen dan memainkan peranan masing-masing tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Speak Negeri Johor (PBNJ) turut mempersoalkan kredibilit presiden-presiden persatuan bola sepak negeri yang sepatutnya berani menyuarakan pandangan dan idea mereka sekiranya benar-benar komited serta sayangkan bola sepak Malaysia.
“Adakah individu-individu yang berkhidmat dalam FAM merupakan orang yang betul-betul komited atau pun memegang jawatan tersebut sekadar untuk kepentingan tertentu sahaja?

“Seharusnya, orang yang memegang jawatan ini harus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Jangan hanya memegang jawatan sekadar memenuhi syarat. Begitu juga dengan presiden persatuan bola sepak negeri, kenapa hanya saya sahaja yang bersuara?,” titahnya lagi.
Beliau turut menasihatkan Presiden FAM.... Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya melantik individu yang benar-benar komited membangunkan bola sepak negara dalam FAM.
“Sebuah organisasi bola sepak perlu diuruskan oleh individu profesional yang memahami struktur sukan bola sepak dan boleh menjalankan tugas serta menyumbang bakti, bukannya hanya tahu sekadar bercakap sahaja.
“Saya yakin Tengku Abdullah amat komited dalam memajukan bola sepak kita, tetapi dia perlu melantik orang yang boleh menjalankan kerja bagi membantunya, bukan mereka yang hanya mahu mengaut populariti serta keuntungan sahaja” titah baginda lagi.