})();

30 August 2014

Piala Malaysia 2014 - Pusingan Ke2 - Pulau Pinang Vs Kelantan

Pusingan kedua Piala Malaysia 2014 malam tadi telah berlangsung 2 perlawanan iaitu Pulau Pinang menentang Kelantan manakala ATM melawan JDT 1..

Keputusan Penuh :    ATM 0 -  1 JDT

                                 Kelantan 3 - 1 Pulau Pinang

Keseluruhan perlawanan antara Pulau Pinang dan Kelantan pada separuh masa pertama tampak seakan akan seimbang apabila Kelantan gagal menghasilkan gol pada awal minit permainan seperti yang mereka lakukan di Stadium Sultan Mohamed Ke4 di Kelantan 3 minggu yang lalu.

Jaringan gol hanya berjaya di perolehi pada minit ke 35 dari hasil kekalutan di depan gawang gol Pulau Pinang bila bola yang ditepis oleh penjaga gol Pulau Pinang gagal ditendang keluar oleh Mohamad Saiful lantas terus disambar oleh pemain Kelantan lalu tendangan kuat berjaya menghasilkan gol pertama buat Kelantan......Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan hanya berjaya menjaringkan satu gol.

Bermula babak kedua menyaksikan Pulau Pinang bermula garang apabila berjaya meledak gol penyamaan melalui pemain impot mereka iaitu Luis Ricardo Santos yang berjaya dilakukan dihadapan gawang gol Kelantan...

Kelantan kembali berada dalam keadaan tertekan lalu menggandakan asakan dan berjaya menjarakan keputusan apabila menghasilkan gol kedua. Apabila perlawanan nampak seakan tamat pada babak terakhir perlawanan sekali lagi Kelantan berjaya menghasilkan gol ketiga apabila Forkydo berjaya menanduk masuk akibat kesilapan pemain Pulau Pinang..

Kepincangan pasukan Pulau Pinang sentiasa berlaku di bahagian pertahanan dan jaringan mudah yang dihasilkan oleh pihak lawan sentiasa berlaku pada tendangan sudut atau tendangan percuma akibat kegagalan Pasukan Pulau Pinang melakukan "Marking Man to Man", ....

Piala AFF 2014 ( November) - Dollah Salleh Buat Kejutan

Jurulatih Negara Dollah Salleh membuat kejutan dengan memanggil semula dua pemain veteran iaitu Shukur Adan dan Indra Putra Mahyudin dalam skuad 29 pelatih bagi siri 3 perlawanan pemanas badan menjelang Kejohanan AFF November depan.

                                                ... Bola Sepak Malaysia: Indra Putra Mahyuddin - Kelab Penyokong Bola

Kedua-dua tonggak Felda United tidak pernah mendapat perhatian Dato K.Rajagopal sebelum ini,Kali terakhir mereka menyarung jersi Negara ialah pada kelayakan Piala Asia 2009 di bawah bimbimgan B. Sathianathan.

Shukur Adan 35 tahun pernah menjadi ketua pasukan negara dalam dalam kelayakan itu selain membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2007.

                                                           Bola Sepak: Pilihan Terbaik Malaysia oleh Faiz Saaid

Dollah turut menyenaraikan penjaga gol PDRM, Azizon Kadir, 34 tahun, yang kali terakhir bermain buat negara dalam Piala Asia 2007 selain memanggil 8 lagi yang tidak tersenarai ketika dibenam Tajikistan 4-1  8 Ogos lalu.

Mereka ialah Azmi Muslim (Selangor), Zairul Fitri Ishak (Kelantan), Mohd Afif Amiruddin, Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (PDRM), Razman Roslan (Pahang), Abdul manaf mamat (Terengganu), Ronny harun dan Joseph Kalang Tie (Sarawak).

DAPATKAN EBOOK PASARMALAM ANDA DISINI DENGAN TAWARAN DISKAUN