})();

25 May 2014

Tahniah Queens Park Ranger (QPR) - Kembali Ke Liga Premier English (EPL)

                                                    

Cardif City merupakan pasukan pertama terkeluar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun kekosongan pasukan milik Tan Sri Vincent Tan dari Malaysia itu diganti dengan Queens Park Ranger (QPR) yang mengalahkan Derby County 1-0 pada perlawanan akhir kalah mati Liga Bola Sepak Championship di Stadium Wembly.
QPR merupakan pasukan terakhir dari Liga Bola Sepak Championship ke kancah EPL pada musim depan menyertai Leicester dan  Burnley yang layak secara automatik apabila menduduki tangga pertama dan kedua liga tersebut.
Walaupun bermain dengan 10 pemain untuk tempoh hampir setengah jam, jaringan pemain gantian, Bobby Zamora pada babak akhir perlawanan sudah cukup untuk pasukan milik Tan Sri Tony Fernandes beraksi semula dalam EPL.
QPR hanya bertahan pada separuh masa kedua apabila Gary O'Neil dilayangkan kad merah, selepas menjatuhkan penyerang Derby, Johnny Russell di luar kotak penalti pada minit ke-60.
Pasukan bimbingan Harry Redknapp itu dilihat cuba mengheret Derby ke masa tambahan dan mengharapkan penentuan sepakan penalti bagi memenangi perlawanan tersebut, namun perancangan itu dipercepatkan dengan kesilapan Richard Keogh.
Keogh yang gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti membolehkan Zamora dengan tenang melencongkan bola sebelah kanan untuk menewaskan penjaga gol, Lee Grant.
Aksi cemerlang penjaga gol QPR, Robert Green dan kekentalan pertahanan menidakkan beberapa peluang Derby yang melancarkan serangan bertali arus.
Peluang terbaik Derby untuk mendahului kunjung pada minit ke-70 ke apabila sepakan kencang Chris Martin dari jarak 12 meter terkena lengan Green menuju ke kanan tiang gol lalu keluar.

No comments:

Post a Comment