})();

06 April 2014

JDT 2 Tumbang Di Stadium Bandaraya


                             Photo: CARTA LIGA PERDANA TERKINI
Semasa perlawanan antara Pulau Pinang dan JDT 2 saya tiba ke Stadium agak lewat kerana semua family saya turut serta hadir bagi memberi sokongan kepada Pulau Pinang.

Saya terpaksa berkongsi tempat duduk dengan penyokong-penyokong Johor namun saya mengambil langkah bijak tidak terlalu fanatik untuk menjaga suasana aman antara kami. Dan sebelah saya juga bersikap demikian  ..bak kata orang kontol Macho huhuhuhu....

Setelah permainan bermula Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol melalui pemain import TT Buengo pada minit ke 3 perlawanan, seluruh Stadium Bandaraya gegak gempita dengan hampir 15 Ribu penyokong Pulau Pinang. Sahabat sebelah saya menyatakan kalau di Stadium Larkin penonton lebih ramai dari ini, maka saya menjawab yang stadium Larkin lebih besar ....dia terus diam.

JDT 2 berjaya menyamakan kedudukan pada mini ke 44 melalui kesilapan penjaga gol Pulau Pinang Jeevaa apabila bola yang mudah terjatuh dan disambar pemain JDT2... semasa rehat permainan ada penyokong Johor bersuara  yang Pulau Pinang langsung tidak kuat , jadi mereka akan mampu menundukkan Pulau Pinang.

Separuh masa kedua bermula dengan disirami hujan yang agak lebat membuatkan penonton di bahagian ruang tanpa bumbung mula berlari ke arah Ultras Penang dan meramaikan lagi mereka....

Pulau Pinang terus mempamerkan rentak permainan yang semakin konsisten dan amat meyakinkan bila mana terhasil jaringan kedua dan terus sehingga jaringan ke 4 membuatkan penyokong JDT 2 beredar meninggalkan Stadium Keramat kami.....

Pulau Pinang kini masih ditangga ke2 mengiringi PDRM ditangga pertama dengan jaringan sahaja memisahkan kedua-duanya yang dijangka bakal di nobatkan sebagai pasukan yang bakal ke Liga Super musim depan... Hariaaaaa Penang Hariaaaaa

PERNAH ANDA MILIKI EBOOK PASAR MALAM YANG TERHEBAT INI..KLIK SAHAJA

No comments:

Post a Comment