})();

01 November 2013

Final Piala Malaysia 2013 ( Kelantan VS Pahang )

Seluruh Malaysia tidak sabar menantikan perlawanan akhir Piala yang berprestik iaitu Piala Malayasia 2013 yang bakal berlangsung pada hari ahad 3/11/13 di Stadium Shah Alam jam 8.40 Malam menyaksikan Kelantan yang menang dengan tuah menentang Pahang.

Kalau apa yang di perkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia pada tahun ini ramai yang meletakan pasukan yang bakal akan ke final adalah JDT, ATM atau pun Sarawak. Namun disebabkan atas faktor bernasib baik dan pengadil perlawanan antara ATM dan Kelantan agak rabun maka Kelantan layak ke final walaupun sebenarnya tidak layak.

Adakah Pahang mampu menentang Kelantan kerana ATM yang cukup gagah pun hanya mampu seri 2-2 . Pahang sebagai satu pasukan "underdog" mungkin tidak mampu menentang Kelantan yang jika dilihat diatas kertas pasti akan menang dengan bergaya. Apatah lagi dengan kehadiran ribuan penonton mereka yang cukup cukup fanatik.

Namun saya hanya melihat perlawanan ini sebagai pelengkap jadual Piala Malaysia disebabkan pasukan yang sepatutnya layak ke final di nafikan oleh kesilapan pengadil yang sedikit rabun agaknya...seperti kata Ketua Jurulatih ATM " Sepatutnya bola semasa gol pertama Kelantan adalah "Foul" disebabkan kaki melebihi paras kepala. Namun inilah bolasepak.

_______________________________________________________________________________
Lapuran Akhbar Tempatan : Dibawah

Sebanyak 20 Gendang Cina akan dipalu di Stadium Shah Alam bagi meniup semangat pemain The Red Warriors pada perlawanan akhir Kelantan menentang Pahang, Ahad ini.

Menurut Ketua Kumpulan Gendang Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Harun Ali, pemalu gendang akan berlepas ke Shah Alam malam esok menaiki beberapa buah kereta dan van, untuk turut berkonvoi dengan 15 buah bas kelab penyokong.

"Kami akan menjadi 'pemain' ke-12 pasukan Kelantan dengan paluan gendang dan sorakan yang akan menggegarkan Stadium Shah Alam.

"Lagu Yuh Ayuh dan Gomo Kelate Gomo akan dinyanyikan sepenuh hati dengan diiringi paluan gendang kelab kami dan saya harap Piala Malaysia sekali lagi dibawa pulang ke Kelantan tahun ini," katanya ketika ditemui menjalani latihan paluan gendang di sini hari ini.

Harun, 46, berkata kelab itu dianggotai 20 pemalu gendang yang akan membuat kelainan pada tahun ini dengan mewarnakan kepala mereka merah, warna tema bendera Kelantan - BERNAMA

No comments:

Post a Comment