})();

10 March 2013

Itali - Series A

                                        CARTA TERKINI LIGA A SERIES - ITALI


                                  

Liga Perdana - Carta Terkini


                                   BERIKUT CARTA TERKINI PASUKAN KEGEMARAN ANDA

                                                                         
                                           

Sepanyol - Premera Division

                                              Liga Sepanyol terkini carta kedudukan 

                             

Terkini English Premier L

                         

Carta Keputusan Terkini Liga Super 2013


                                  



 TAHNIAH BUAT ATM YANG BAKAL BERADA SEDIKIT LAMA DI TAHTA LIGA SEHINGGA BERSAMBUNG SEMULA PADA 30 MAC 2013

Anak Wira Negara Dapat Perhatian


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara bersetuju menyumbang RM5,000 kepada pemain muda berbakat besar Hazreq Zafri Sabaruddin yang telah kehilangan bapanya akibat terkorban dalam serangan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban keluarga Hazreq yang juga salah seorang pemain dalam program MyKids Soccer di Perak.

Bapa Hazreq, Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud adalah antara lapan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban sewaktu serangan penceroboh.

"Kami dapat lihat Hazreq mempunyai potensi yang besar sejak bersama dalam program kami ini dan ini juga adalah sokongan kami buat Hazreq untuk terus tabah dan cemerlang dalam sukan bola sepak.

"Dalam masa yang sama juga saya ingin mengumumkan bahawa program MyKids Soccer ini bakal diperluaskan lagi daripada 14 buah pusat latihan kepada 30 kesemuanya yang turut melibatkan penambahan jurulatih dan pelatih," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut di sini, semalam.

Dalam pada itu, Razali memberitahu jawatankuasa turut bersetuju untuk membiayai sebahagian daripada kos persediaan skuad kebangsaan untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, hujung tahun ini.

"Bantuan diberikan dalam bentuk geran namun jumlah tersebut tidaklah sebanyak perbelanjaan FAM untuk pasukan kebangsaan.

"Perbelanjaan ini melibatkan pendedahan dan persiapan pasukan untuk menghadapi Sukan SEA bermula dari sekarang," kata Razali.- Utusan

Dato LCW ke final

                                             

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mudah menempah tempat ke saingan akhir All England selepas meraih kemenangan 22-20 21-8 menundukkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk pada separuh akhir, semalam.

Seandainya Chong Wei memenangi perlawanan akhir hari ini ia akan menjadi gelaran ketiganya dalam kejohanan itu selepas 2011 dan 2010.

Pada perlawanan semalam, Chong Wei hanya memerlukan 33 minit untuk menundukkan lawan tidak ternama itu meskipun Tanongsak cuba untuk memberikan saingan pada set pertama.

Bagaimanapun, pada set kedua, Tanongsak akhirnya terpaksa akur dengan ketangkasan Chong Wei yang tidak memberikan ruang untuk pemain Thailand itu menambah mata hingga tamat perlawanan.

Kata Chong Wei kemenangan tersebut menaikan semangatnya untuk mendapatkan gelaran pada All England kali ini.

"Selalu orang asyik cakap tentang All England dan ini juga adalah sebahagian daripada tumpuan saya untuk tahun ini.

"Semua ini juga adalah hasil latihan kuat saya selama ini," kata Chong Wei.
Pada saingan akhir hari ini pemain pilihan utama kejohanan itu dijadual menentang pemenang antara Cheng Long dari China atau pemain Denmark, Jan O Jorgensen.

Keputusan separuh akhir lain setakat tengah malam semalam menyaksikan pemain perseorangan wanita Thailand, Intanon Ratchanok mara ke saingan akhir selepas meraih kemenangan 21-15 21-19 menewaskan Saina Nehwal dari India.

Sementara, dalam acara beregu lelaki Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun menewaskan pasangan Thailand, Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech dengan keputusan 22-20 21-15.

Perlawanan akhir hari ini akan menyaksikan pasangan beregu Jepun itu akan menentang gandingan dari China, Xiaolong Liu-Zihan Qiu yang meraih kemenangan 21-12 13-21 21-17 pada saingan separuh akhir ke atas Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia. - Utusan

Johor Darul Takzim Di Belasah Selangor


KUALA LUMPUR 9 Mac - Selangor yang bermain dengan 10 orang membelasah Johor Darul Takzim FC 4-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Peter Chrappan dilayangkan kad kuning kedua pada awal babak kedua.
Sementara itu, Lions XII menundukkan Kelantan 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban pula Felda United menewaskan tuan rumah, Negeri Sembilan 1-0. - UTUSAN