})();

08 February 2013

Chelsea Datang Lagi Ke Malaysia


LONDON - Juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, Chelsea bakal mengadakan kunjungan pra-musim ke Asia Tenggara termasuk menguji pasukan Pilihan Malaysia Julai ini.

Kelab tersebut mengesahkan kedatangan mereka semalam dan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara serantau lain seperti Thailand dan Indonesia.

Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke Asia ialah musim lalu, disusuli kejayaan kelab London itu meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Mereka akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia pada 21 Julai depan di Stadium Shah Alam, empat hari selepas mengadakan pertemuan dengan Pilihan Thailand bagi saingan Piala Singha di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

Pasukan bimbingan Rafael Benitez itu akan ke Indonesia buat kali pertama akan berjunjung ke Indonesia pada 25 Julai dan akan menentang Pilihan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kali terakhir Chelsea menentang pasukan Pilihan Malaysia ialah pada 2011 yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 hasil jaringan Didier Drogba.

The Blues juga pernah bertemu pasukan Pilihan Malaysia 2008 di Stadium Shah Alam, di mana keputusan berpihak kepada pasukan pelawat 2-0.

"Ia sangat menakjubkan dapat kembali semula ke Asia di mana menjanjikan perlawanan pra-musim yang cemerlang.

"Asia Tenggara merupakan tempat yang menyaksikan peningkatan bilangan penyokong Chelsea dan kami berbesar hati dapat datang lagi untuk merasai pengalaman berserta sambutan luar biasa.

"Kami juga begitu teruja dapat berkunjung ke Indonesia buat kali pertama, negara yang mempunyai ramai penyokong The Blues, ia membuatkan kami tidak sabar untuk beraksi di sana," kata Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay. - AFP - Utusan 

No comments:

Post a Comment