})();

31 January 2013

SIC janjikan penganjuran terbaik


KUALA LUMPUR - Grand Prix Formula Satu Malaysia 2013 yang memasuki edisi ke-15 menjanjikan satu lagi penganjuran yang penuh kematangan dan menarik oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai tuan rumah.

Sejak kali pertama dianjurkan pada 17 Oktober 1999, Litar Antarabangsa Sepang tidak pernah terkeluar daripada kalendar perlumbaan Formula Satu (F1).

Bersempena ulang tahun penganjuran ke-15 GP Malaysia, SIC telah menyusun pelbagai acara menarik termasuk membawa kumpulan legenda rock terkenal, Gun N' Roses ke tanah air.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, sejak penganjuran kali pertama lagi, sokongan yang diterima daripada peminat sukan pemotoran tempatan tidak pernah berkurangan, malah semakin meningkat tahun demi tahun.

"SIC menyifatkan perlumbaan kali ini amat istimewa setelah 14 tahun menjadi tuan rumah kepada kejuaraan yang cukup berprestij iaitu F1.

"Perlumbaan yang turut membantu mengembangkan industri sukan pemotoran di negara ini dengan melahirkan bakat-bakat tempatan, selain memberi ruang kepada para peminat menyaksikan kejuaraan berkelas dunia," katanya pada majlis pelancaran Grand Prix (GP) F1 Malaysia 2013 di sini, semalam.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.
Menurut Mokhzani, sebagai menghargai sokongan yang diberi rakyat Malaysia selama ini, SIC akan mengadakan pelbagai program menarik seperti konsert daripada artis antarabangsa Gun N' Roses, pameran automobil, Makan Malam F1; pameran Petronas dan Jualan Mega GP Malaysia.

Mengenai GP Malaysia, beliau menjelaskan, sebanyak 11 buah pasukan bakal mengambil bahagian tahun ini termasuk pasukan yang memiliki kepentingan negara iaitu Mercedes AMG Petronas, Caterham F1 Team dan Lotus-Renault.


"Saya yakin perlumbaan tahun ini pasti menarik lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas juara dunia, Lewis Hamilton yang menyertai Mercedes AMG Petronas dari McLaren Mercedes," ujarnya.- Utusan

Mali dan Ghana ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika


DURBAN, Afrika Selatan 29 Jan. - Mali dan Ghana melangkah ke saingan suku akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas menamatkan saingan peringkat Kumpulan B dengan cemerlang.

Pada perlawanan awal pagi tadi Mali sekadar seri 1-1 ke atas Congo untuk menjadi naib juara Kumpulan B manakala Ghana melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan selepas meraih kemenangan 3-0 menewaskan Niger. - AP

FAS, ATM Belum Serah Laporan Insiden


KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum menerima laporan rasmi daripada Persatuan Bola Selangor (FAS) dan ATM mengenai insiden pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan dalam perlawanan Piala FA di Stadium Shah Alam, baru-baru ini.

Ujar Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, pihaknya masih menunggu aduan rasmi daripada kedua-dua pasukan sebelum perkara itu diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Taufik Abdul Razak.

Dalam masa sama, beliau juga menjelaskan FAM memandang serius akan isu pergaduhan itu selepas turut mendapat laporan daripada pesuruhjaya perlawanan yang mengendalikan pertemuan Selangor dan ATM.
"Laporan rasmi daripada pesuruhjaya perlawanan telah diterima oleh FAM, namun aduan dari pasukan Selangor dan ATM masih belum ada walaupun dalam beberapa akhbar ada menyatakan mereka sudah menghantar aduan kepada FAM.

"Kelewatan itu mungkin berpunca daripada banyak cuti umum dalam beberapa hari ini dan jika sudah diterima, kes itu akan diteliti dengan sewajarnya oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab, " katanya yang ditemui di majlis pelancaran program Mencari Ramli 2 anjuran Telekom Malaysia (TM) di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Perlawanan pusingan pertama Piala FA antara Selangor dan ATM yang berlangsung 25 Januari lalu mencetuskan drama di penghujung perlawanan apabila kedua-dua pasukan bergaduh.

Selangor menyatakan Shukor Adan menjadi kepada permulaan kepada pergaduhan terbabit manakala ATM melihat Afiq Azmi memulakan provokasi dengan membuat tindakan yang tidak sewajarnya.

Selain itu, Azzuddin mengakui FAM memandang serius mengenai mutu pengadilan yang semakin dipertikaikan dan banyak membuat keputusan yang dianggap cukup kontroversi seperti pertembungan Selangor dan ATM.

Bagi memperbaiki agar tidak timbul isu yang sama pada perlawanan akan datang, satu program akan diadakan di kalangan pengadil pada pertengahan bulan Februari ini untuk membincangkan masalah-masalah yang berlaku sepanjang mengendalikan perlawanan liga.

"Ya... Saya ambil berat mengenai isu ini dan jawapan mengatasinya memang ada iaitu FAM akan anjurkan program yang berbentuk kursus ulang kaji di kalangan pengadil dan melihat kembali persembahan mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini, " katanya.

Namun, beliau berkata, pengadil-pengadil yang membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dalam beberapa perlawanan sebelum ini belum tentu boleh terlepas daripada sebarang tindakan kerana mereka masih termaktub di bawah pemantauan Jawatankuasa Pengadil FAM.

"Walaupun sedar pengadil juga manusia yang tidak boleh lari kesilapan tetapi mereka tidak boleh terlepas begitu sahaja dengan kesilapan yang mereka lakukan biarpun secara tidak sengaja.

"Tindakan itu pasti ada namun ia di luar di bidang kuasa saya untuk menyatakan di sini apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan," katanya.- Utusan.

23 January 2013

Keputusan Terkini Liga Super 22 Jan 2013

Perlawanan hari ini melibatkan 6 pasukan yang di anggap mantap dan menjadi rebutan sebagai peneraju liga dan yang pastinya Kelantan tidak ingin keputusan seri menghantui mereka lagi .

Namun ATM semakin gah menyengat dengan mancatatkan kemenangan yang di cari....

Berikut adalah keputusan selepas tamat perlawanan:


Masa Tuan Rumah Jaringan Gol (VS) Pelawat Status
4.45 ptg T – Team  1 – 0 Lions XII FT
8.45 mlm PKNS FC 1 – 3 Johor Darul Takzim FT
8.45 mlm ATM 2 – 0 Felda United FT
 8.45 mlm Perak 1 – 1 Selangor FT
8.45 mlm Pahang 3 – 0 Terengganu FT
8.45 mlm Kelantan 0 – 0 Negeri Sembilan FT


Kedudukan Carta Liga Super 22.1.2013 : Perlawanan ke – 5 kedudukan liga super 22 januari 2013 keputusan terkini liga super 22 januari 2013

Chong Wei Luar Biasa




KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei mempamer aksi yang disifatkan Sony Dwi Kuncoro sebagai luar biasa ketika dia memahat sejarah Siri Super Terbuka Malaysia dengan merangkul kejuaraan kesembilan, semalam.
'Superhero' badminton Malaysia, Chong Wei tidak mampu ditawan oleh Sony, naib juara dunia 2007 apabila menang mudah 21-7, 21-8 hanya dalam masa 33 minit.


Kemenangan Chong Wei mengubati kekecewaan ribuan penonton yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil selepas terdahulu pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal memenuhi pengharapan apabila tewas 13-21, 18-21 kepada gandingan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Christina Pedersen.
Kemenangan semalam membolehkan Chong Wei mengatasi rekod lapan kejuaraan yang dikongsi bersama legenda badminton negara, Wong Peng Soon.


"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada pasukan negara hari ini. Walaupun kita gagal menang gelaran beregu campuran, saya gembira dapat menghadiahkan kejuaraan kesembilan.


"Hari ini saya bermain dengan baik dan Sony mungkin keletihan kerana mengharungi perlawanan sengit ketika menewaskan (Kenichi) Tago (separuh akhir).


Chong Wei, yang turut muncul juara 2012, 2011, 2010, 2009, 2008, 2006, 2005 dan 2004 mengakui, dia masih bersemangat untuk memburu kejuaraan ke-10 tahun depan namun sedar, cabaran yang bakal diharungi tidak lagi mudah, apatah lagi dengan usia yang menginjak 31 tahun, Oktober ini.


Menurutnya, tanggungjawabnya kini lebih besar kerana sudah berkeluarga dan bakal bergelar bapa tahun ini.
"Saya akan jadi bapa tahun ini dan saya sudah berkeluarga, jadi tidak mudah untuk membahagikan masa dengan kedua-dua perkara (karier dan keluarga) tetapi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengimbanginya.



"Saya bernasib baik isteri saya (Wong Mew Choo) bekas pemain badminton, jadi dia memahami karier saya. Saya sangat gembira kerana akan menjadi bapa ketika usia 31 tahun, saya tidak muda lagi
"Ibu saya orang paling gembira. Hari-hari dia tersenyum selepas saya kahwi, dan sudah tentu saya juga gembira melihatnya. Berkeluarga memang tanggungjawab besar tetapi ia juga menceriakan hidup saya dan menjadikan saya lebih bersemangat," kata Chong Wei.


Chong Wei yang membawa pulang AS$30,000 (RM93,000) selaku juara Terbuka Malaysia akan berdepan ujian lebih getir pada All England, 5-10 Mac ini, di mana seteru utamanya, Lin Dan dan jaguh No. 2 dunia, Chen Long dari China menjadi penghalang.


Sementara itu Sony mengakui, Chong Wei jauh mengatasinya dalam semua aspek menyebabkan dia tiada jawapan sepanjang perlawanan. Pemain No. 5 dunia itu menegaskan, dia tidak mahu memberi alasan lain, kecuali memuji kehebatan jaguh negara itu.


"Chong Wei jauh mengatasi saya dalam semua segi, apa lagi yang hendak saya katakan. Hari ini dia sangat luar biasa, permainannya amat bagus dan saya bukan tandingannya," kata Sony.- Utusan

20 January 2013

Kehadiran 21 GGK Disiasat


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tentera Darat sedang melakukan siasatan berhubung isu kehadiran pasukan Rejimen 21 Grup Gerak Khas ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu.


Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, bagaimanapun beliau tidak boleh membuat kenyataan atau keputusan awal tentang perkara itu tanpa sebarang maklumat lengkap mengenainya.
"Tentera Darat sedang siasat, jadi tunggulah kemudian, kita akan beritahu nanti. Saya tidak boleh terus memberikan kenyataan tanpa maklumat terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.
"Kita akan cuba melaksanakan siasatan berhubung isu tersebut secepat mungkin," katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Plak Ahli Kehormat Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) kepada Panglima Tentera Darat di sini hari ini.


Yang turut hadir Timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi; Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim, Panglima 21 Grup Gerak Khas Komando (GGK), Brigedier Jeneral Effendi Abd. Karim dan Presiden KVKM, Leftenan Kolonel Nik Omar Al Haded Nik Mohd. Salleh.


Selepas perlawanan antara Johor Darul Takzim dengan Kelantan di Kota Bharu, Selasa lalu, peminat Kelantan meluahkan rasa kurang senang terhadap kehadiran sekumpulan pasukan tentera yang pada mulanya didakwa sebagai askar Timbalan Setia Negeri Johor.


Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bahawa pasukan itu bukan askar Timbalan Setia Negeri Johor, sebaliknya Rejimen 21 Grup Gerak Khas.


Tunku Ismail memberitahu, kehadiran pasukan itu adalah sebagai persediaan sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Takzim menentang Kelantan.


Dalam pada itu, mengulas penganugerahan Plaka Ahli Kehormat KVKM, Zulkifli memberitahu bahawa beliau sangat bangga dan berbesar hati menerimanya.
Katanya, hubungan baik antara Tentera Darat dengan KVKM menjadi platform kepada ketumbukan itu memperoleh pendapat, memandangkan pengalaman luas dimiliki ahli-ahli kelab berkenaan yang terlebih dahulu berkhidmat sebelum mereka.


"KVKM adalah ejen Tentera Darat untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa sebenarnya keupayaan Grup Gerak Khas yang kita miliki. Saya juga yakin dengan perkongsian pengalaman yang dipunyai mereka dapat membantu meningkatkan profesionalisme anggota sedia ada," jelasnya.- Utusan

T-Team Terus Malang


KUALA TERENGGANU - Selepas dibenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 0-3 tempoh hari, pasukan berstatus kelab, T-Team terus dirundung malang apabila tewas dengan jaringan yang sama ketika menerima kunjungan PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.


Biarpun diperkuatkan semula dengan kehadiran bekas kapten skuad Penyu, Marzuki Yusof yang kembali beraksi selepas berehat panjang hampir setahun, ia masih gagal menutup kelemahan benteng pertahanan tuan rumah yang dilihat rapuh setiap kali menerima asakan skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim.


Pada masa yang sama, jentera tengah T-Team juga dilihat gagal berfungsi dengan baik tanpa kehadiran ketua pasukan, George Boateng yang mengalami kecederaan sekali gus menyaksikan tiada gerakan menarik dapat dicipta tuan rumah sepanjang perlawanan berlangsung.


Bermula dengan penuh semangat, jentera serangan tuan rumah bagaimanapun menghadapi masalah untuk menembusi kubu pertahanan pelawat yang dikawal dengan baik.


Sebaliknya, kealpaan benteng pertahanan skuad The Titans dihukum seawal minit ke-14 apabila penyerang pelawat, Zamri Morshidi bijak menanduk masuk umpanan Mohd. Fauzan Dzulkifli hasil satu sepakan sudut.
Penyerang import PKNS, Patrick Ronaldinho kemudian menambah derita tuan rumah apabila pantas menyambar hantaran Zamri sebelum menolak masuk gol kedua pelawat pada minit ke-31.

Gol tersebut nyata merentap semangat juang anak-anak buah Peter Butler yang cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan namun digagalkan oleh tindakan penyudah jentera serangan mereka yang diterajui penyerang import, Caleb Folan.


Pemain gantian PKNS, Muhamad Fakrul Aiman kemudian memanfaatkan kesilapan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Amirul Abu Seman yang gagal menendang keluar bola daripada kawasan bahaya untuk gol ketiga pelawat pada minit ke-71.


T-Team cuba untuk bangkit pada minit-minit akhir permainan namun ketumpulan jentera serangan mereka mengagalkan hasrat pasukan itu untuk mencari sekurang-kurangnya satu gol sebelum perlawanan berakhir. - Utusan

19 January 2013

ATM Hampir Tumpaskan Johor Darul Takzim




JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim mencatatkan keputusan seri 2-2 pada pertemuan Liga Super menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini semalam.


Perlawanan penuh dramatik itu turut disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan mencemar duli hadir ke stadium bersama-sama lebih 30,000 penyokong Harimau Selatan untuk memberikan sokongan.


The Gladiators membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Amiridzwan Taj selepas berjaya menyambar bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambry Yahya untuk menewaskan penjaga gol, Mohd. Zamir Selamat.


Kegagalan pasukan pelawat mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan mengundang padah buat mereka apabila Daniel Guiza pantas menyambar peluang itu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-17 hasil sepakan lambung yang berjaya mengelirukan penjaga gol, Farizal Harun.


Irwan Fadzly Idrus kembali meletakkan skuad kendalian B. Sathianathan mendahului pada minit ke-39 menerusi sepakan percuma.
Seminit kemudian Norshahrul Idlan Talaha menyamakan semula kedudukan hasil hantaran lintang Nurul Azwan Roya.


Penyerang sensasi negara, Safee Sali hampir meletakkan Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-50, namun tandukannya di dalam kotak penalti hasil hantaran Guiza melepasi palang gol.


Skuad kendalian Fandi Ahmad memiliki peluang berharga untuk mencipta gol kemenangan pada minit ke-70 tetapi sepakan voli Guiza tersasar jauh dan rembatan deras Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak yang menggantikan Safee Sali pada minit ke-71 sekadar terkena tiang gol.


Ketika perlawanan berbaki lapan minit, ATM terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mohd Fitri Omar diarah keluar padang apabila dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan kekasaran terhadap Mohd. Zaquan Adha - Utusan

18 January 2013

Pemain Real madrid Terima Kereta AUDI

Penyerahan Kunci Kereta Audi pada setiap Pemain Real Madrid Musim 2012-2013.




Audi adalah penaja bagi pasukan Real Madrid dan acara tahunan ini di sempurnakan di litar lumba Jarama, Sepanyol.


Iker Casillas - Audi A6 Allroad


Sergio Ramos - Audi Q7


Pepe - Audi Q7


Nacho - Audi A7 Sportback



Karim Benzema - Audi RSS




Xabi Alonso - Audi A7 Sportback


Alvaro Arbeloa - Audi Q5



Mungkin anda tertanya dimana lagi pemain-pemain lain yang tiada di dalam senarai gambar di atas, untuk makluman anda Mesut Ozil, Kaka, Michael Essien, Ricardo Carvalho serta yang lain lain mereka ini menerima Audi Q7.

Skuad ATM





“Sasaran kita hanya satu iaitu layak ke Liga Super 2013. Kita cuba melihat sejauh mana kita boleh memberikan aksi dan keputusan terbaik pada saingan liga musim ini, seterusnya mengintai untuk mencipta kejutan pada Piala FA dan Piala Malaysia kerana di situ kita berpeluang menguji kekuatan dengan pasukan-pasukan dari Liga Super.



Gambar Pemain Kelas Dunia


Pasti anda teruja melihat gambar di bawah kerana gambar cilik ini merupakan pemain bolasepak bertaraf dunia sekarang.


17 January 2013

Jadual Perlawanan Liga Super 19 Jan 2013


Tarikh                          Pasukan


19 JANUARI 2013

JOHOR DARUL TAKZIM      VS                ATM

FELDA UNITED                     VS           KELANTAN

NEGERI SEMBILAN              VS             PERAK

T-TEAM                                  VS             PKNS

SELANGOR                            VS          PAHANG

LIONS                                     VS         TERENGGANU

Jadual Perlawanan EPL pada 19 Jan 2013

  Masa                                  Pasukan Bertanding                           Stadium

2300                  Liverpool  VS Norwich                                       Anfield

2300                  Man City  VS Fullham                                         Eitihad

2300                  Newcastle VS Reading                                        St James' Park

2300                  Swansea  VS Stoke                                             Liberty

2300                  West Ham VS QPR                                            Upton Park

2300                  Wigan VS Sundeland                                           The DW

0130                 West Brom VS Aston Villa                                   The Hawthorn

16 January 2013

Barca Gah Dahului 11 Mata


MADRID - Barcelona mencipta rekod baru iaitu permulaan musim terbaik dalam La Liga kelmarin apabila 
menang 3-1 di Malaga untuk kekal 11 mata mengatasi Atletico Madrid dan 18 mata meninggalkan Real Madrid.

Pemenang Ballon d'Or, Messi menjaringkan gol kesembilan berturut-turut dan melakukan hantaran untuk Cesc Fabregas serta Thiago Alcantara menjaringkan gol kedua dan ketiga.

Messi menjaringkan 28 gol La Liga setakat ini.

Barcelona mengumpul 55 mata daripada 19 perlawanan dengan rekod 18 kemenangan dan sekali seri iaitu 2-2 di laman sendiri dengan Real Madrid Oktober lalu.

Ia memecah rekod sebelum ini untuk separuh musim liga di mana mereka mengumpul 52 mata pada musim 2010-2011.

"Kami sangat gembira kerana mengumpul 55 daripada 57 mata namun secara logiknya adalah sukar untuk mengulanginya dengan kemenangan Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol.

"Atletico 11 mata di belakang kami dan kami akan bertandang di padang mereka dan Real Madrid, jadi kami tidak boleh berhenti setakat ini, kami harus meneruskan prestasi ini," kata jurulatih Barca, Tito Vilanova. - Utusan

City Berjaya Rayuan


LONDON 16 Jan. - Manchester City berjaya dalam rayuannya berhubung kad merah yang dikenakan terhadap ketua pasukan, Vincent Kompany ketika mengalahkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.
Keputusan itu bermakna hukuman gantung tiga perlawanan yang dikenakan terhadap Kompany dibatalkan. - Utusan 

Sunderland Tersinggkir


LONDON 16 Jan. - Kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland tersingkir daripada Piala FA setelah kalah 0-2 kepada kelab divisyen dua, Bolton Wanderers dalam perlawanan pusingan ketiga, hari ini.
Pasukan tercorot Liga Perdana, Queens Park Rangers menang 1-0 ke atas West Bromwich Albion hasil jaringan pada babak akhir perlawanan oleh Jay Bothroyd. - Reuters


Keputusan (Pusingan ketiga)

Birmingham City 1 Leeds United 2

Blackpool 1 Fulham 1

Bournemouth 0 Wigan Athletic 1

Stoke City 1 Crystal Palace 1

Sunderland 0 Bolton Wanderers 2

West Bromwich 0 QPR 1

POLIS semakin hebat




KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menerajui carta saingan bola sepak Liga Perdana 2013 dengan mencipta kejutan besar apabila membenam pasukan Liga Super musim lalu, Kedah 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.


Anak buah R. Nallathamby itu kini mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan dan meninggalkan pencabar terdekat, Sarawak yang cuma mampu mengikat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya 1-1 di Stadium Hang Tuah, Melaka.


Khairul Izuan Abdullah menyumbat kedua-dua gol PDRM, menerusi tolakan masuk daripada hantaran Nigoh Mukol pada minit ke-14 sebelum menambahnya dengan sepakan lambung yang memerangkap Kedah, minit ke-76.


Dalam pada itu, SPA mengejutkan Sarawak dengan jaringan Hanifuddin Rahman hasil gerakan satu dua pada minit kelapan tetapi berjaya dibalas dengan gol penyamaan daripada Bobby Gonzalez, minit ke-46.
Karlo Primorac dan Fazrul Hazli Mohd. Kadri pula memastikan tiga mata dan kemenangan 2-0 buat Sime Darby ke atas tuan rumah, Perlis dengan gol masing-masing pada minit kesembilan dan 76 di Stadium Utama, Kangar.


Jaringan Shahrudin Yakub dan gol sendiri Tomas Chovanec menjulang tuan rumah, Sabah untuk menundukkan kelab dari Negeri Sembilan, Betaria 2-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol tunggal tandukan Saufi Ibrahim hasil umpanan lintang dari sebelah kiri seawal minit pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula membolehkan Pos Malaysia mengatasi UiTM 1-0. - Utusan

15 January 2013

ATM Menang Lagi

ATM melakar kemenangan lagi apabila menewaskan  T-Team dengan 3 - 0, syabas buat ATM.

Keputusan Penuh Seperti Dibawah:

Pahang 2 Negeri Sembilan 1; ATM 3 T-Team 0; Kelantan 1 Johor Darul Takzim 1; PKNS 1 Lion XII 0; Perak 0 Felda United 1.




13 January 2013

ATM Menang Besar

Perlawanan yang berlansung antara ATM dan PKNS di lihat memberi kelebihan kepada ATM apabila ATM banyak menguasai perlawanan dengan percubaan percubaan menarik yang telah dilakukan oleh ATM sejak awal perlawanan lagi. Setelah tamat 90 minit permainan dengan rasminya ATM menewaskan PKNS 3 - 1.


Berikut adalah senarai keputusan terkini perlawanan pada 12 Jan 2013.

ATM  3 - PKNS 1

T TEAM 1 - KELANTAN 0

LION XII  1 - SELANGOR 0

N.SEMBILAN 0 - TRENGGANU 0

09 January 2013

ATM Tewas

Juara Piala Sumbangsih 2013 , ATM tewas 0- 1 kepada Lion Xii dari Singapura pada perlawanan pembuka tirai Liga Super 2013.

06 January 2013

ATM Juara Piala Sumbangsih

Bagaikan misi membalas dendam pada perlawanan Pial Sumbangsih Sultan Ahmad Shah, Angkatan Tentera membuat kejutan menewaskan Kelantan juara berganda musim 2013 dengan 4-3.
Keputusan awal menyaksikan Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama sehingga ke separuh masa kedua. Namun tanpa rasa berputus asa ATM menggandakan asakkan sehingga berjaya menghasilkan gol pada minit ke 85 hasil sepakkan percuma Izwan Fadzli.

Video kemenangan ATM boleh anda saksikan pada URL di bawah: 
http://www.youtube.com/watch?v=YXzEtiY6x8U


Perlawanan terpaksa di teruskan dengan sepakkan penalti yang menyaksikan ATM memang sudah terkenal dengan sepakkan penalti , ATM berjaya menewaskan Kelantan 4-3.

TAHNIAH ATM.

04 January 2013

Jersey Baru ATM Musim 2013



Untuk makluman semua Jersey ATM akan cuma di Jual pada 9hb di Stadium Paroi. Kerana Jersey home ATM cuma akan digunakan untuk buat sementara waktu saja. Jersey sebenarnya akan sampai pada bulan March 2013. Jersey replica akan di Jual dgn harga istimewa.


02 January 2013

FUFA Malaysia Iringi B-15 Negara Ke Separuh Akhir


PETALING JAYA - Frenz United (FUFA) Malaysia mara ke separuh akhir Piala Frenz Antarabangsa 2012 walaupun terikat 1-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang pasukan kebangsaan Bawah 15 tahun di sini, semalam.


Keputusan seri sudah cukup buat FUFA Malaysia untuk mengiringi Malaysia B-15 tahun ke saingan separuh akhir selepas mengumpul lima mata tatkala pasukan di tangga ketiga Slavia Praha pula sekadar memungut empat mata.

Bagaimanapun, Malaysia B-15 tahun berjaya berada di depan seawal minit kelima apabila berlaku keadaan kelam-kabut di dalam petak penalti FUFA Malaysia sebelum Muhammad Amirul Ashraf merembat masuk bola ke dalam gawang.


Tersentak dengan jaringan tersebut FUFA Malaysia mula melancarkan serangan bertubi-tubi dan akhirnya usaha mereka tercapai pada minit ke-21 apabila rembatan jauh Mohd. Shafiq Helmi dari luar petak penalti berjaya menewaskna penjaga gol, Mohd. Haziq Nazli.


Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun keputusan 1-1 kekal sehingga saingan separuh masa pertama berakhir.


Aksi separuh masa kedua memperlihatkan FUFA Malaysia berusaha untuk menambah jaringan dan mereka hampir melakukannya pada minit ke-49 dan 50, namun percubaan Mohammad Haziq Hossain dan Muhammad Amirul Aiman Yasman tersasar keluar.


Seminit kemudian giliran Malaysia pula membalas melakukan serangan larian pantas pemain gantian, Muhammad Najmuddin Samat berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan dan juga penjaga gol, Adam Zairi Fitri Zaini sebelum melorongkan kepada Amirul tetapi percubaan pemain itu berjaya dikeluarkan dari atas garisan gol.


Sementara itu, di Stadium INSPENS Bangi, Slavia Praha berjaya menewaskan Pilihan Incheon 3-1, namun kemenangan tersebut tidak membawa sebarang makna buat pasukan bawah 15 tahun dari Republik Czech itu kerana berada di tangga ketiga Kumpulan A. - Utusan