})();

05 November 2012

Latar Belakang Bola Sepak ATM



Tarikh sebenar penubuhan PBAT tidak dapat dikenalpasti, tetapi sukan bolasepak ini telah mula dimainkan di dalam ATM semenjak tertubuhnya pasukan bersenjata ini di Malaysia (Malaya ketika itu) lagi. Mengikut dari maklumat yang diperolehi, British Forces jugalah yang mula memperkenalkan pertandingan bolasepak di Malaysia dengan mewujudkan Kejohanan Tertinggi Piala HMS Malaya (kini dikenali sebagai Piala Malaysia) yang menjadi rebutan negeri-negeri termasuk Singapura pada tahun 1921. Singapura telah muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai piala ini pada tahun tersebut.




Walau bagaimanapun selaras dengan perkembangan bolasepak Malaysia menuju era professional, ATM telah menyertai Liga Semi-Profesional yang mula diperkenalkan pada tahun 1989.



Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan bolasepak di dalam Angkatan Tentera Malaysia. PBAT dibantu oleh Persatuan Bolasepak Perkhidmatan (PBTD, PBTLDM dan PBTUDM) sebagai ahli gabungan bagi menyelaras aktiviti sukan bolasepak di peringkat perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Memandangkan sukan bolasepak adalah sukan paling popular di Malaysia, justeru ATM tidak terkecuali dari hakikat ini. Sehubungan itu bolasepak di dalam ATM dimainkan sebagai permainan untuk bersosial (social game) dan secara kompetitif di mana ATM turut menyertai Liga Malaysia iaitu liga bolasepak peringkat tertinggi yang dikelolakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).



Selaras dengan peranannya PBAT turut menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyokong dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti dan program yang dianjurkan oleh badan induk bolasepak secara langsung bernaung dan terikat dengan segala peraturan, polisi dan perlembagaan Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang bertindak sebagai badan kawalan semua aktiviti sukan di dalam ATM

No comments:

Post a Comment